Namia menatap Harash yang sedang sibuk membuka butang baju melayunya itu. Dari tadi matanya tidak lepas dari Harash. Harash yang menyadari pandangan isterinya itu tersenyum.
"Kenapa sayang?. Abang terlalu handsome ke sampai Sayang tak lepas mata pandang abang?". Harash bertanya. Sampingnya di lepas sebelum dia berdiri sambil mencekak pinggang di depan isterinya yang sedang bersandar di meja soleknya. Namia memuncungkan bibirnya. Menyampah dengan pernyataan suaminya itu.
"Hey, kenapa ni?. Nak tanya abang apa?." Kata Harash. Macam tahu-tahu je yang Namia ingin mengajukan soalan kepadanya.
"Okey, come here. Kita duduk dekat sini okey." Harash menarik Namia agar Namia duduk di sampingnya di katil. Namia bersila sambil matanya tepat memandang Harash.
"First Question, Did you know anything about Aidil's plan before he told Mama dengan Abah?. Abang tahu ke?" Namia bertanya. Harash senyum. Dia mengangguk.
"When?"
"That day, masa abang pergi rumah Fatin. Dia explain plan dia dekat abang. Masatu he's need my help. So, that's why abang pergi rumah Fatin masa tu." Harash menjawab. Namia mengangguk.
"Second Question, what really his plan is? Namia dari dulu nak tahu." Harash membelai rambut Namia lembut.
"Very curios huh?" Harash mengusik. Namia senyum .
"Cepatlah abang." Namia tidak sabar. Harash mengangguk.
"Plan dia macam ni, Aidil, dia memang tawarkan diri untuk kahwin dengan Fatin sebab dia nak selamatkan rumah tangga kita. That's what he said to me. Dia tak nak Fatin ganggu our marriages and sebab itu, dia tawarkan diri dia untuk jadi kambing hitam buat Fatin. For sure, Fatin memang tolak sebab Fatin nak abang yang kahwin dengan dia." Harash bercerita. Namia mengangguk dengan tatapan tak suka.
"Shahril. Macam yang sayang tahu, dia bapa kepada anak dalam kandungan Fatin. As far yang abang tahu dari Aidil, he's divorced since his ex's wife tuduh dia mandul. Jadi bila dia dapat tahu yang Fatin mengandungkan anak dia, dia teruja tapi Fatin tak nak dia. I don't know how exactly the story is, Apa yang abang tahu, Aidil ugut Shahril. Kalau Shahril tak nak bertanggungjawab, Aidil akan kahwin and paksa Fatin gugurkan janin itu walaupun sebenarnya Aidil tidak berniat nak buat semua tu." Namia khusyuk mendengar. Dalam hatinya sedikit gerun apabila dengar kata-kata Harash.
"Ikutkan memang dia rancang untuk berkahwin dengan Ngah since Ngah dah nak balik London bulan depan. Jadi dalam masa sebulan itu, Aidil tunggu Shahril untuk beri jawapan. Tahu-tahu, Ngah decided nak balik London lagi three weeks. Merajuklah katakan."
"Masa tu Aidil buntu. Sebab rancangan dia hampir gagal. Entah macam mana, mungkin memang dah tertulis yang jodoh Aidil dengan Ngah itu kuat. Shahril serah diri dekat Aidil. Dia serah diri dan beritahu Aidil yang dia setuju untuk kahwin dengan Fatin. Tapi dengan syarat, dia tak nak Fatin tahu yang dia adalah pengantin lelakinya." Harash explain lagi.
"Jadi sebab tu dia suruh abang pujuk Fatin?". Tanya Namia. Harash mengangguk. Dia senyum. Pipi Namia dicuit.
"Pandai isteri abang." Kata Harash. Namia mencebik.
"Entah-entah suka, yelah Fatin tu kan manja dengan abang. Sikit-sikit nak peluk. Abang kan suka orang manja-manja." Namia menyindir. Jelingan maut diberi. Harash ketawa.
"Mana ada abang suka orang manja-manja. Lagi menyampah adalah. Abang suka sayang je manja. Sayang kalau manja abang boleh sentuh. Lagipun, hanya manja Namia Amiera sahaja yang boleh cairkan hati abang." Harash berkata. Pipi Namia dibelai lembut. Namia memejamkan matanya malu.

YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Storie d'amore⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...