Chapter 58 - Triple Attack !!!

8.1K 325 225
                                    

Su menatap Harash di meja makannya. Tidak berkedip Su saat mendengar soalan yang diajukan oleh abangnya itu.

"Apa.. apa dia?" Su bertanya lagi.

"Daniel Harris?" Harash bertanya. Su terus menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Kenapa dengan dia?" Su bertanya. Harasah melipat dua tangannya dan memandang Su tepat. Su cuak juga melihat alongnya yang menatapnya tajam begitu.

"Kau kenal dia ke?". Harash bertanya. Su gerun.

"Err kenal macam tu jelah." Su menjawab. Harash mengangkat keningnya kirinya.

"Kenal macam tu?. Macam mana?. Sampai sanggup gadai nyawa untuk kau?". Tanya Harash. Su berdehem.

"Entah. Tapi macam mana along kenal dia?." Su bertanya. Harash menatap Su.

"Kau ingat aku kejam sangat ke?. Aku ni berhati perut untuk berterima kasih dekat orang yang selamatkan nyawa adik sendiri and mungkin juga boleh jadi dia selamatkan nyawa kaklong kau. " Kata Harash. Cawan berisi air Milo itu diangkat dan langsung diteguk.

"Along jumpa dia?. Macam senang je bunyinya. Kenapa Su jumpa dia haritu siap berbodyguard bagai." Tanya Su. Harash ketawa.

"Kau tak kenal dia?" Harash bertanya. Su geleng kepala.

"Stupid." Su mencebik. Alongnya dijeling. Tak pasal-pasal kena stupid dengan abang sendiri.

"Dia one of the biggest Mafia dekat Malaysia ni. Kau tak tahu ke?" Harash berkata. Su ternganga. Terus dia merapatkan tubuhnya ke arah alongnya. Teruja untuk mendengar cerita dari abangnya.

"Seriously?". Su bertanya dengan serious.

"Mana aku tahu. Aku pun tak kenal dia." Harash berkata selamba. Su menyepak kaki abangnya dengan kuat. Mengaduh Harash.

"Padan muka. Suka sangat main-main dengan orang bila serious." Marah Su. Harash menggosok lutunya yang sakit itu.

"Kau ni kenapa moody sangat sejak-sejak ni. Orang dah belanja Iphone 14 pun masih nak moody lagi." Kata Harash. Kakinya digosok berkali-kali.

"Eleh setakat Iph..eh?. Along tahu?". Su bertanya. Pelik. Harash terdiam sekejap sebelum dia berdehem. Dia kembali menggosok kakinya.

"Along?". Su bertanya. Namun Harash endahkan. Terdengar Namia membuka pintu biliknya. Namia merapati Harash saat melihat Harash dan Su duduk bersama itu.

"Buat apa?". Namia bertanya. Tegak tubuh Harash saat mendengar suara isterinya. Dia menoleh.

"Sayang.. kaki abang sakit." Kata Harash dengan manja. Su menaikkan bibirnya.

"Kenapa dengan kaki abang?". Namia bertanya. Kerusi di sebelah Harash ditarik.

"Su sepak tadi. Sakit lutut abang ni." Kata Harash mengadu. Namia menatap Su. Ketawa dia melihat reaksi Su yang menyampah dengan alongnya.

"Sikit je ni." Kata Namia. Harash geleng kepala.

"Sakit.." Harash memunungkan bibirnya. Namia ketawa. Pipi suaminya diusap perlahan sambil ketawa. Harash turut ketawa. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Namia.

"Excuse me, ada orang lain dekat sini." Kata Su dengan sengaja. Namia dan Harash menoleh. Namia ketawa. Harash mengangkat keningnya sebelum dia bangun.

"Jom sayang masuk bilik. Abang nak tidur awal hari ini. Esok abang kena keluar awal." Kata Harash. Namia membesarkan matanya.

"Ee... Harash Ferhat?. Tidur awal?. Seriously?". Namia berkata tidak percaya.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now