Chapter 90 - The Pantang

7.6K 297 120
                                    

Namia meletakkan bayinya itu di atas katil dengan berhati-hati. Harash juga. Mereka kini berada di rumah mereka. Memandangkan Namia telah dibenarkan pulang setelah beberapa hari dia menetap di hospital.

"Ahh still can't believe."

Namia berkata. Harash senyum.

"Yes. Me too. Masih tak percaya." Harash menjawab. Namia senyum. Namia terus memeluk Harash. Harash senyum.

"Kenapa ni?". Harash bertanya.

Tangannya mengelus kepala isterinya. Namia hanya diam sambil tersenyum. Memeluk erat suaminya. Harash memeluk erat tubuh isterinya.

"Promise me!" Namia berkata. Dia mendongak menatap Harash.

"What?"

"Jangan curang atau buat perangai sepanjang Namia berpantang."

Terus berkerut dahi si Harash saat mendengar kata-kata Namia. Dia ternganga.

"Astagfirullahalazim. Apa sayang ni. Haih risau abang". Kata Harash. Namia menatap Harash tajam.

"Janji!". Namia mahu mendengar kalimat itu dari bibir itu.

"Sayang?"

"Eeee janjii". Namia merengek. Harash menarik Namia ke pelukannya.

"Sayang.. tak akan berlaku pun benda tu. Jangan risau and tolong jangan merepek lagi okey. I will never cheat on you. Lagipun abang dah tak pandang mana-mana perempuan pun. Sayang seorang je yang jadi pilihan abang." Kata Harash. Namia diam.

"Ni mesti banyak sangat tengok drama ni". Kata Harash. Namia melepaskan pelukannya.

"No!. Benda ni pun ada berlaku dekat dunia realiti. That's why I asked you to promise." Kata Namia. Harash senyum.

"Yelah. Abang janji. Okey?". Kata Harash. Namia senyum. Dia duduk di atas katil.

"Ummi dengan Baba datang esok. So maksudnya, lusa abang dah start kerja dekat office. Is it okay for you?". Harash bertanya. Dia turut duduk di hadapan Namia. Namia senyum.

"Okey je abang. Ada Ummi yang jaga Namia." Kata Namia.

"Tapi abang yang tak okey". Kata Harash. Namia ketawa.

"Bila bab kerja, bila je abang okey?". Tanya Namia. Harash ketawa. Dagu isterinya dicuit.

"I love you"

Namia tersengih bila mendengar kata-kata Harash.

"I love you too". Namia menambah. Harash ketawa. Dahi isterinya dicium.

"Dah.. jangan lebih-lebih." Kata Namia. Harash ketawa.

"Apa?. Abang tak dengar."Harash saja mengusik. Dia mendekati Namia.

"Apa?" Harash bertanya lagi. Namia dikepung di tengah-tengah. Namia cuak. Risau ya laki dia ni.

"Ee abang.. jangan". Namia berkata. Dia menutup wajahnya dengan lengannya. Harash senyum. Tangan Namia ditolak dengan kepalanya. Namia cuak.

"Ummi datang esok kan?. So..harini je kita boleh sedekat ini. Abang rasa memang betul-betul 44 hari abang kena jauh dengan sayang." Kata Harash dengan lembut. Dia menindih separuh badan Namia.

"Ishh abang.. Jangan usik Namia. Namia tumbuk abang nanti" Ugut Namia. Harash kemudiannya ketawa. Dia kembali duduk. Namia mengetap bibir dan seraya itu, kedua-dua anaknya menangis kerana terkejut dengan gelak Harash.

"Abang tengok!!!!!"

Namia berkata dengan geram. Harash terus menutup mulutnya. Terlupa saat ini mereka tidak berdua sebaliknya berempat.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now