Chapter 84 - Nasi Lemak Sambal Udang

7.2K 311 80
                                    

Namia sedang sibuk di dapurnya. Awal pagi dia sudah sibuk di dapur memandangkan hari ini Ngah dan Aidil pulang ke Malaysia. Su dan Daniel pula awal pagi sudah tiba di KLIA untuk menjemput mereka.

Harash pula membantu Namia memasak. Al maklumlah, Namia pula sudah mula penat sekarang ini. Jadi dia sebagai pembantu Namia harus menjalankan tugasanya. Namia pun mengambil peluang ini untuk membuli suaminya. Macam-macam yang diperintah. Harash pula hanya melayan. Tidak pernah sedikit pun dia mengeluh.

"Abang isikan air dalam mangkuk tu. Lepastu masukkan asam jawa sikit." Namia menyuruh. Harash mengangguk. Dia berjalan menuju ke sinki.

"Ehhh abang.. tak payah. Ambil asam keping tu." Namia berkata. Harash menyipitkan matanya. Namun pantas tangannya mengambil bekas yang berisi asam keping itu dan dihulurkan kepada Namia. Namia senyum.

"Sorry abang." Kata Namia sambil tersengih. Harash senyum. Dia kembali menatap Namia. Namia kembali khusyuk membuat kerjanya.

Selesai memasak, Harash memaksa isterinya untuk berehat. Namia dan keras kepalanya yang berpisah tiada itu mengendahkan arahan suaminya. Laju tangannya mengemas dapur. Harash geleng kepala.

"Lagi sekali abang suruh sayang tapi sayang tak jalan juga, memang abang dukung saya bawa masuk bilik." Harash berkata. Namia menjeling. Dia mencuci segala pinggan mangkuk yang kotor itu dengan bersih.

"One..." Harash sudah mula mengira.

"Two..."

"Ishhh sibuklah abang ni. Namia nak mengemas ni". Namia berkata. Berkerut dahinya.

Harash gelengkan kepalanya. Dia melihat isterinya. Tersenyum dia saat melihat Namia. Namia lebih memilih untuk memakai baju t-shirtnya kerana terasa lebih selesa memandangkan perutnya sudah mula membesar. Namia juga hanya menyarung seluar tidur yang juga milik Harash.

"Two fourty five..." Harash kembali menyambung pengiraannya.

"Okey... Tak nak dengar cakap abang kan?" Harash berkata. Namia menoleh ke arah suaminya yang berjalan semakin dekat dengannya itu.

"Abang?. Jangan!!" Namia memberi amaran. Harash tidak peduli.

"Three!" Harash menutup paip air sinkinya dan terus mendukung isterinya. Namia menjerit. Harash ketawa.

"Eee abangg!!. Tangan Namia ada sabun lagi ni." Namia berkata. Tangan kanannya yang masih memegang span basuh pinggan itu ditunjukkan kepada Harash. Harash buat tak tahu. Dia melangkah ke bilik tidur mereka. Namia hanya diam. Kuat dia memegang bahu Harash.

Harash meletakkan Namia di atas katil dengan hati-hati. Span di tangan Namia diambil dan dia melangkah keluar. Dengan cepat Namia bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Tangannya dicuci. Namia melangkah keluar menuju ke katilnya. Harash yang sedang mencekak pinggang itu dipandang.

"Apa?. Namia cuci tangan ni. Tahu tak." Namia menunjukkan tangannya. Dia menjeling Harash. Dia kembali duduk di atas katilnya. Harash duduk di sebelahnya. Tangan Namia diraih. Dilihat setiap jari Namia.

"Abang tengok apa?". Namia bertanya. Harash masih khusyuk melihat jari Namia.

"Nak tengok ada luka tak". Kata Harash. Namia senyum. Bahu Harash dipukul.

"Ada-ada je abang ni. Takkan setiap kali memasak nak kena buat sport check?". Kata Namia.

"Duduk diam-diam." Harash berkata. Namia senyum. Tangannya ditarik dari tangan Harash dan terus meraih wajah Harash.

"Namia okey. Don't worry abang." Kata Namia. Harash senyum. Namia mengelus lembut wajah Harash.

"Sayang betul dekat Namia." Kata Namia lagi. Harash menegakkan tubuhnya dan langsung menarik dua pipi isterinya. Namia terkejut.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now