Chapter 28 - Just For You

12.2K 472 105
                                    

Namia buka matanya. Matanya mencari Harash. Ke mana pula dia pergi? Namia bangun. Kakinya melangkah menuja ke bilik air. Kosong! Namia cuak. Harash masih demam lagi. Namia mencari kasut Harash. Gone!

"Mana pula dia menghilang?" Namia membebel sendiri. Baru sahaja dia ingin melangkah, Namia dengar pintu biliknya terbuka. Dia menoleh. Harash. Namia melipat dua tangannya memandang Harash dengan tajam.

"Where are you going Mr Harash?" Namia bertanya. Harash menelan air liurnya. Tahu dia bakal dimarahi.

"Errr.." Gagap Harash menjawab.

"It's 2 AM?" Namia bertanya lagi. Gayangnya persis seorang ibu yang ingin memarahi anaknya yang pulang lewat.

"Saya pergi ambil angin." Harash menjawab. Namia menggelengkan kepalanya.

"Ambil angin pukul 2 pagi?" Namia bertanya lagi. Harash menutup pintu. Dia membuka kasutnya dan berjalan ke katil. Baju sweaternya dibuka. Dia bersin.

"Kan!" Namia bersuara.

"Abang ada hal sekejap." Harash menjawab.

"2 pagi?" Namia bertanya dengan ragu-ragu. Meminta kepastian. Harash senyum.

"Awak ada perempuan simpanan ke?" Pedas soalan Namia. Harash memandang ke arah Namia. Terkejut dengan pertanyaan Namia.

"No!. Saya bukan lelaki macam tu!!" Harash mempertahankan dirinya. Namia juga terkejut dengan kata-kata.

"Okey!. Fine. Abang pergi kereta. Dompet abang tertinggal." Harash berkata. Dompetnya dikeluarkan dari kocek seluarnya. Namia menghela nafasnya.

"Dompet je pun."

"Je?. Hilang ni, habislah abang. Tak pasal-pasal abang jadi PATI nanti." Harash berkata. Hidungnya kembang kempis.

"Achoooo!!"

Tudia, bergema biliknya mendengar Harash bersin. Namia berjalan ke arah Harash. Dahi Harash disentuh. Demamnya sudah kebah. Tinggal selesema je.

"Abang pergilah berehat. Masih belum betu-betul sihat ni. Esok kita ke klinik?". Namia berkata. Harash geleng kepala. Degil sungguh.

"Kalau tak nak pergi klinik, pergi tidur sekarang." Namia memerintah. Harash menurut.

"Awak tahu kita masih belum buat perkara yang sepatutnya kita kena buat?". Harash bertanya. Namia bingung. Macam lain macam sahaja maksud dia. Namia mengundur sedikit. Harash senyum. Dah agak, itu yang difikirkan Namia.

"Bukan tu.. Kita belum solat Isyak." Kata Harash. Namia mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia malu dengan dirinya sendiri. Wajah Harash dipandang.

Mesti dia gelakkan aku. Namia berkata dalam hatinya.

"Ooohh. ha..haah. Belum lagi." Namia cuba cover. Harash ketawa.

"Jom solat." Harash mengajak. Namia menurut. Harash melangkah ke bilik air.

-------------------------------------------------------------------------------------

"Semalam Su masuk bilik nak hantar makanan, tapi tak jadi bila tengok Kaklong dengan Along tengah tidur. Dah basi dah makanan yang Su bungkus." Su berkata. Roti canai disuapkan ke mulutnya. Mereka sedang bersarapan di Restoran Roti Canai Transfer Road.

"Haah. Penat betul tu. Mama kejut pun tak sedar dua-dua." Mamanya menambah. Teh tarik dihirup. Namia senyum.

"Haah Ma. Lasak sangat semalam. Tu yang penat tu. Sampai demam-demam Harash." Kata Namia. Mamanya ketawa.

"Macam tu nak suruh mama naik?. Memang idoklerr." Kata mama. Mereka ketawa.

"Along, settle dah?" Su bertanya. Harash mengangguk.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now