Ngah & Aidil Special Chapter

8.9K 327 92
                                    

* Chapter ini adalah sepecial chapter for the newly couple story. Chapter 50 dan ke atas akan lebih tertumpu kepada Our main couple, Namia dan Abe Harash kita. Maybe, akan ada satu chapter juga untuk Fatin dan Shahril since ramai para readers yang nak happy ending untuk Fatin dan Sharil. Demi readers, akan sanggup Author lakukan. Thank you sebab sudi bagi pendapat dan cadangan untuk story " I Wanna Be Yours " Ini. Love you allssss~~ Muah *

Setelah hampir seminggu mereka berkahwin, Ngah pulang ke apartment milik Aidil di kota raya. Berbaki lagi dua minggu sebelum mereka berangkat ke London. Ngah hanya membawa pakaiannya memandang semua kelengkapan di rumah Aidil telah lengkap sepenuhnya. Aidil pula sudah mula sibuk menguruskan urusan kerjanya memandangkan dia perlu berpindah ke London demi Ngah. Ngah bosan. Dia turun dari katil dan mula membuat home tour memandangkan dia baru sahaja masuk ke rumah itu.

Dua bilik dan satu ruang tamu yang agak luas itu diterokai. Hallway yang dipenuhi dengan bekas lilin itu dilihat. Ngah tersenyum saat mengingat kembali bagaimana Aidil memberikannya satu lagi kejutan saat mereka tiba di apartment Aidil. Hallway yang dipenuhi dengan lilin dan taburan bunga ros itu sebagai tanda selamat datang kepada Ngah sudah cukup buatnya rasa seperti seekor kupu-kupu yang terbang melayang.

Ngah berjalan ke ruang dapur. Besar dan kemas sahaja. Ngah terpandang bilik belajar Aidil. Ngah membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu. Ngah membuka pintu dan lampu bilik dibuka. Ngah tersenyum saat melihat dekorasi bilik yang sangat kemas dan teratur itu. Boleh dikatakan sebagai mini library di dalam rumah mereka. Ngah mendekati almari buku di dalam bilik belajar Aidil itu. Tangannya menyentuh setiap baris almari sebelum matanya tertumpu pada beberapa bingkai gambar di almari itu. Ngah mengambil bingkai gambar itu. Gambar Aidil bersama orang tuanya yang juga makngah dan pakngahnya itu. Gambar yang diambil sewaktu Aidil konvokesyen itu diusap perlahan.

"Dari dulu memang handsome laki aku ni." Ngah memuji. Ngah meletakkan bingkai gambar itu kembali sebelum matanya menangkap satu lagi bingkai gambar di sebelah. Gambar dirinya dan Aidil sewaktu mereka masih kecil. Ngah senyum. Masih segar diingatan bagaimana foto itu diambil. Semestinya sewaktu mereka menyambut ulang tahun bersama. Erat Aidil memaut bahunya sambil tersenyum dengan gigi rongaknya dan dirinya... dalam banyak-banyak gambar, kenapa gambar dia sedang menangis juga yang diambil. Ngah menyelitkan rambutnya ke telinga sambil tersenyum.

Bingkai gambar diletak kembali sebelum dia menjerit. Terkejut saat rasa tiba-tiba ada tangan yang kekar sedang memeluk pinggangnya. Ngah menoleh.

"Abang. Terkejut saya." Kata Ngah. Aidil hanya senyum.

"Buat apa dekat bilik abang ni?." Aidil bertanya. Ngah cuak.

"Errr abang marah ke?". Aidil mengerutkan dahinya. Wajah Ngah dipandang dari tepi.

"Abang ada cakap ke abang marah love?" Aidil bertanya. Ngah geleng.

"Then?. I'm just asking love." Aidil senyum. Ngah juga senyum.

"Takdelah. Saje je nak buat home tour. Mana tahu abang ada sembunyikan apa-apa dari saya. Maklumlah abang kan tinggal seorang je dekat sini." Kata Ngah. Aidil menatap Ngah.

"Ish, mana ada abang nak buat macam tu." Kata Aidil. Ngah ketawa. Pipi Aidil yang berada bahunya itu diusap.

"I know. Saje je abang ni." Kata Ngah.

"I saw this. Abang simpan gambar kita masa kecil?". Ngah menunjukkan bingkai gambar yang terisi gambarnya dan Aidil itu. Aidil ketawa.

"Mestilah abang simpan love. Gambar ni kan comel. Tengok love menangis. Kan comel." Aidil menunjukkan gambar Ngah yang disebelahnya itu.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now