𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 2

10.6K 891 18
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

BONET belakang kereta berjenama Ranger itu ditutup perlahan-lahan oleh Erzan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BONET belakang kereta berjenama Ranger itu ditutup perlahan-lahan oleh Erzan. Lelaki itu menghembuskan nafas perlahan sebelum matanya mengerling sekilas isi di dalam bonet kereta Ranger itu. Ada drum, piano dan gitar. Badannya dipusingkan ke belakang. Mata dihidangkan dengan tiga orang lelaki yang sedang duduk di bahu jalan tempat dimana kereta Ranger ini diparkir. Ketiga-tiga lelaki itu sedang rakus menelan air mineral sambil sesekali berborak perlahan. Erzan lambat-lambat mengatur langkah mendekati rakannya itu.

"Ha, Erzan. Ni air untuk kau." Belum sempat Erzan ingin melabuhkan duduk di sebelah seorang rakannya, laju suara milik Raizan menyapa gegendang telinganya. Raizan yang sedang duduk bertentangan dengannya tersenyum tipis bersama dengan tangan yang memegang sebotol air mineral. Erzan menyambutnya lalu perlahan-lahan membuka penutup botol air mineral itu. Laju dia meminum air itu sehingga parasnya hanya tinggal setengah.

"Ush! Haus betul kau ni!" Itu suara Emir. Rakannya yang duduk selang beberapa kaki darinya hanya melopong memandang Erzan sebelum kepalanya digeleng-gelengkan perlahan. Terkesima sekejap tengok member minum air macam tak pernah minum setahun. Erzan mengerling sekilas ke arah Emir sebelum dia tersenyum tipis. Dia langsung tidak membalas. Sebaliknya, bertindak untuk menutup kembali botol air mineralnya itu.

"Mestilah haus woi! Kita duk berdiri dah nak dekat tiga jam. Penat mat. Tapi tak apa, fun juga berdiri lama-lama sambil nyanyi." Itu pula suara dari Jay. Jay dengan lagak santai menonggak botol air mineralnya sebelum meminum rakus. Itulah position Jay, dia memang dilahirkan dengan bakat suara yang boleh buat orang terbuai-buai. Oleh sebab itu, di dalam busker mereka, Jay seorang sahaja yang mikrofonnya dekat di bibir.

"Tapi penat do sumpah. Tangan aku kebas bai petik tali gitar tu." Raizan bersuara sebelum tangan kanannya diangkat. Lalu, digoncang-goncangkan bagai rasa kebas itu masih lagi terasa. Memincing kecil kelopak mata milik Raizan. Mungkin mengingati kembali momen dimana dia gagahkan jua diri untuk memetik tali gitar walaupun pada masa itu jarinya sudah diserang rasa kebas.

"Main piano lagi penat. Eh, tak lah penat mana. Cumanya, susah. Kang kalau aku salah tekan kang tak pasal-pasal bunyi tah pape keluar." Ucap Emir memecahkan benteng kesunyian yang berlangsung sebaik sahaja Raizan bersuara. Emir menutup kembali botol air mineralnya sebelum dia bangun dari terus duduk di bahu jalan ini. Lelaki itu membawa langkah menghampiri beg sederhana berwarna hitam yang berada di dalam motor milik Raizan. Laju beg hitam itu dicapai sebelum lelaki itu kembali mengatur langkah menghampiri tiga rakannya itu.

"Tapi aku rasa yang paling penat dan susah, drum lah. Drum dah lah extreme sikit. Pastu step kena ingat. Kalau salah ketuk, buruk do nanti bunyinya." Erzan hanya tersenyum tipis saat anak mata milik Jay berlanggar dengan netra matanya. Tau yang Jay sedang bercakap tentang alat musik yang dimainkannya. Jay yang mengucapkan itu terus menolehkan kepalanya memandang Erzan yang elok duduk menyepi di sebelahnya. Baru sahaja Jay ingin membuka suara, pantas suara milik Raizan mencelah membantutkan niat Jay.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now