𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 42

8.4K 1K 209
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

ARABELLA mengukir senyum tipis sambil tangan bergerak untuk menyuakan sesudu bubur nasi ke arah Puan Ruhaidah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARABELLA mengukir senyum tipis sambil tangan bergerak untuk menyuakan sesudu bubur nasi ke arah Puan Ruhaidah. Sudah menjadi rutin harian untuk dia menyuapkan ibu Erzan itu makanan. Mula dari sarapan hingga makan malam. Bahkan, ubat yang perlu ditelan oleh wanita tua itu juga. Syukurlah, Puan Ruhaidah tidak banyak bunyi apabila dia menawarkan diri untuk menyuap wanita itu. Hanya diam sahaja mengunyah makanan.

Sesudu bubur nasi lagi disua ke arah Puan Ruhaidah. Namun, kali ini tangan wanita itu pantas bergerak sebelum menggelengkan kepala laju.

"Dah. Aku tak nak," ucap Puan Ruhaidah separa berbisik sebelum menolak sudu itu menjauh darinya. Arabella pantas meletakkan kembali sudu itu ke dalam mangkuk yang masih tersisa bubur nasi itu. Dia berkerut halus lalu mata jatuh sekejap pada mangkuk bubur ditangannya itu. Masih banyak lagi bubur nasi. Rasanya, hanya beberapa suap sahaja yang ditelan Puan Ruhaidah.

"Sikit sangat lah ibu makan. Ibu kena makan banyak tau. Nanti nak makan ubat." Arabella berkerut risau. Bukan apa, sekarang kondisi Puan Ruhaidah memang dalam keadaan tidak baik sejak arwah abah Erzan meninggal. Mungkin dia masih mengenang akan pemergian Encik Zahid sehingga lupa akan kesihatan dirinya.

Puan Ruhaidah membuat muka seketika.

"Aku cakap dah tu dah lah. Aku dah kenyang. Pasal ubat tu aku tak nak makan. Aku ni bukannya sakit pun." Arabella membuang nafas berat sebaik sahaja mendengar bicara Puan Ruhaidah itu. Puan Ruhaidah sudah menjeling tajam wajah Arabella sebelum memalingkan kepala ke arah tingkap. Badan bersandar pada kepala katil. Tangan mengenggam selimut.

"Ibu tak boleh lah macam ni. Ibu kena makan. Habiskan bubur ni ya?"

"Kau ni tak faham bahasa ke apa?" Soalan kasar dilontarkan oleh Puan Ruhaidah. Naik angin pula dia dengar paksaan Arabella itu. Dia tak nak tu, dia tak nak lah. Bengang dia memandang wajah Arabella. Menghantar rasa yang dia tetap dengan pendiriannya iaitu tidak mahu meneruskan makan.

"Dah lah, kau pergi keluar sana. Rimas aku. Kau dengan Erzan patutnya berambus dari rumah ni. Tak payah nak sibuk risau pasal aku. Aku tau nak jaga diri aku. Lagipun, si Erdan tu ada. Dia pun boleh jaga aku." Puan Ruhaidah berkata kasae. Sempat satu jelingan diberi kepada Arabella yang diam mendengarkannya. Arabella hanya tersenyum tipis mendengar itu. Walaupun, kata-kata wanita itu sungguh menyakitkan hati tapi dia hanya abaikan sahaja.

Arabella meletakkan perlahan mangkuk bubur itu di atas meja bersebelahan katil yang diduduki Puan Ruhaidah. Dia mendekatkan sikit dirinya ke arah ibu Erzan itu.

"Ibu, saya bukan nak cakap buruk pasal Erdan. Tapi ibu pasti ke kalau saya dengan Erzan keluar dari rumah ni, Erdan akan jaga ibu?" Tiba-tiba Arabella melontarkan soalan menyentakkan Puan Ruhaidah yang sedang leka mematikan pandangan ke arah tingkap itu. Laju dia menoleh kepala memandang Arabella. Lekat gadis itu merenung ke arahnya.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now