𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 13

6.8K 813 147
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

BANTAL segi empat sama yang mendarat di atas perutnya dicapai sebelum tubuhnya diposisikan baring secara mengiring

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANTAL segi empat sama yang mendarat di atas perutnya dicapai sebelum tubuhnya diposisikan baring secara mengiring. Bantal itu dibawa ke arah telinganya sebelum ditekap kuat. Bibir berdecit kuat tatkala bunyi ketukan pintu menerjah sistem pendengarannya. Kelopak mata cuba ditutup rapat namun bunyi ketukan pintu yang semakin kuat itu membuatkan kelopak matanya kembali terbuka. Kepala naik untuk memandang pintu yang diketuk itu sebelum dia bangun dari pembaringannya secara kasar. Bantal segi empat sama yang dipegangnya dicampak kasar ke atas lantai.

"Bising lah sial! Kacau aku tido argh!" Rambutnya diraupkan kasar. Meja panjang di hadapannya ditendang kuat sehingga meja itu bergerak dari posisi asalnya. Erdan mengangkat punggungnya sebelum pandangan tertuju ke arah muka pintu yang diketuk dari luar itu. Kaki laju melangkah mendekati pintu itu sebelum tombol pintu itu ditarik kasar dari dalam.

"Ha Abang Erzan- eh Abang Erdan...." Terkedip-kedip kelopak mata budak berumur sembilan tahun itu saat melihat wajah tegang milik Erdan terkeluar dibalik pintu itu. Seorang kanak-kanak perempuan yang dijangka berumur tujuh tahun itu cepat-cepat menyorok di belakang tubuh kecil abangnya tatkala melihat wajah bengis Erdan itu. Takut.

"Kau nak apa, budak?! Ketuk-ketuk pintu rumah orang, ganggu aku tido kau tau tak? Aku sepak kau kang ha!" tengking Erdan kuat membuatkan kedua belah bahu kanak-kanak itu naik kerana terkejut. Kanak-kanak lelaki itu menundukkan wajahnya dengan tangan yang menggeletar. Takut dia dibuatnya. Erdan menjeling dua kanak-kanak itu tajam sebelum sepasang matanya menyinggah pada dua buah kotak besar bewarna coklat yang berada di sebelah dua orang kanak-kanak itu. Dahinya berkerut.

"Apa benda kotak kotak ni?" soal Erdan kasar lalu keningnya dijongketkan ke atas saat memandang wajah kanak-kanak lelaki itu. Wajahnya tegang membuatkan kanak-kanak lelaki itu sedikit menggeletar ketika menjawab.

"Ni anu...a-ada ka-kakak cantik bagi ni ka-kat a-abang Erzan..." Tergagap-gagap kanak-kanak itu menutur kata sambil sesekali matanya naik ingin melihat wajah berkerut milik Erdan. Erdan menaikkan keningnya ke atas apabila mendengar ucapan kanak-kanak lelaki itu. Matanya sekali lagi menyinggah pada dua buah kotak itu.

"Ada awek rupanya. Muka longkang macam tu pun ada awek," gumam Erdan kasar sebelum berpaling ke belakang. Tepat dia berpaling, wajah Erzan yang basah dengan air menghiasi pandangannya. Lelaki itu kelihatan baru sahaja lepas membersihkan diri. Ada satu tuala kecil di tangan Erzan. Erdan hanya menjeling tajam wajah adiknya sebelum dia membawa langkah untuk masuk ke dalam biliknya. Sempat bahu Erzan dilanggarnya kuat. Beralih ketepi tubuh tegap Erzan.

"Pahal kau? Pagi-pagi nak cari gaduh." Erzan berkata datar membuatkan Erdan berpaling memandangnya tanpa emosi. Lelaki itu hanya berdecit perlahan sebelum kembali memandang ke hadapan.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now