[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEPASANG kaki milik Arabella melangkah keluar dari perut kereta sebelum kepalanya berpaling memandang batang tubuh ramping seseorang yang turut melangkah keluar dari pintu pemandu di sebelahnya. Senyum terlorek di bibir munggil Arabella tatkala melihat Zahirah yang membawa arah mendekatinya. Tangan Arabella dibawa ke hadapan wajah Zahirah menisyaratkan tangan mulus Zahirah untuk menyambut tangannya. Zahirah menyambut perlahan.
"Awak, cantiknya mama awak! Saya dah tau dah mana awak dapat muka cantik ni," ucap Arabella penuh teruja tatkala dia dan Zahirah mula berjalan mendekati satu warung. Zahirah yang berada di sebelahnya hanya mengukir senyum tipis. Arabella baharu sahaja mengambilnya di rumah ibu bapa Zahirah apabila diminta untuk menemannya sarapan di sebuah warung yang boleh tahan terkenal. Zahirah hanya bersetuju memandangkan dia di rumah tidak berbuat apa-apa.
"Saya biasa je. Mama saya je yang cantik. Sebab tu papa saya suka."
"Tak ada, tak ada, awak pun cantik juga! Nanti kalau awak naik pelamin dengan Erzan, mesti macam wowww!!!" Terus ditepuknya perlahan bahu kecil Arabella saat mendengar ucapan gadis itu. Tersenyum malu Zahirah dibuatnya. Terletus tawa kecil di bibir Arabella apabila matanya menyinggah di wajah memalu Zahirah itu.
"Ish, awak ni. Jangan lah bagi saya harapan. Kalau Erzan tu bukan jodoh saya macam mana?" Nada sedikit merendah. Otak dah bayang kalau ditakdirkan lelaki bernama Erzan Zayder itu bukan jodohnya. Sebab tu dia malas ingin berharap lebih. Tapi, ucapan Arabella sejak dua menjak ini bagaikan yakin yang dia dan Erzan akan bersama.
"Awak doa lah banyak-banyak supaya Erzan tu jadi jodoh awak. Tak apa, nanti saya doa banyak-banyak sampai awak dengan Erzan jadi pasangan hidup semati nanti!" Perlahan-lahan kepala Zahirah mengangguk. Betul juga. Kalau doa banyak-banyak, tidak mustahil Allah akan jadikan doanya itu termakbul? Tapi kalau bukan jodoh dia dan Erzan, dia redha. Mungkin jodoh dia dengan orang yang lebih baik dari Erzan?
Arabella terus menarik kuat tangan Zahirah untuk berjalan masuk ke dalam warung itu apabila dirasakan perutnya sudah berkeroncang minta diisi. Sempat mata melihat seorang lelaki yang sedang fokus menebar roti canai. Perutnya sudah rancak berbunyi. Namun, langkah Arabella terbantut saat terasa orang di belakangnya mengeraskan badan sehingga menyebabkan Arabella turut berhenti. Berkerut kening Arabella. Kepala dipalingkan memandang Zahirah.
"Kenapa berhenti?" Soal Arabella hairan membuatkan Zahirah mengalihkan fokusnya ke arah Arabella. Gadis itu menghimpit sedikit batang tubuh rampingnya mendekati Arabella. Makin hairan Arabella dibuatnya. Zahirah memandang ke satu arah sebelum berbisik perlahan. Jari naik menghala ke hadapan.
"Tu...tu bukan Erzan ke?" Mendengarkan suara gemersik Zahirah itu, laju Arabella membawa kepalanya memandang ke arah yang ditunjuk Zahirah itu. Mata mengecil bagi mencari tubuh Erzan di balik tubuh orang yang sedang menjamu selera di warung ini. Arabella mengukir senyum lebar saat mata sudah dapat menangkap keberadaan tubuh tegap Erzan.