[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEDARItadi bibirnya tak henti mengukir sebuah senyuman. Malah, senyuman miliknya bertambah lebar sambil sesekali mulutnya bergerak untuk bernyanyi kecil. Sebelah tangan erat memegang sebuah telefon manakala sebelah lagi diangkat ke udara sambil digerakkan ke kiri dan kanan. Menghayati setiap alunan muzik yang dimainkan oleh sekumpulan band di hadapan matanya ini. Sesekali mata Arabella mendarat pada Erzan yang sedang fokus mengetuk drum itu.
Telefon miliknya kini perlahan beralih ke arah Erzan. Sengaja wajah Erzan yang sedang menunduk itu dirakam Arabella sambil tersengeh kecil. Lelaki itu langsung tidak kelihatan wajahnya dek kepala hoodie yang menutupi seluruh atas kepalanya. Arabella tersenyum sebelum rakamannya dimatikan tatkala perasan bahawa nyanyian lagu yang dibawakan Jay itu mendapat sebuah tepukkan gemuruh dari semua penonton yang menyaksikan persembahan itu. Menandakan nyanyian yang dibawakan Jay itu sungguh merdu.
Arabella mematikan telefonnya sebelum diletakkan di atas pehanya. Mata dibawa memandang ke arah Erzan yang sudah berdiri dari bangku kecil yang didudukinya. Kelihatan lelaki itu dihampiri oleh Jay sebelum bahu Erzan ditepuk oleh lelaki itu. Raizan dan Emir pula sudah mula mengemas peralatan muzik mereka untuk dimasukkan ke dalam kereta. Dari kejauhan, Arabella nampak yang Erzan dan Jay seperti sedang berbual sebelum kepala Erzan terpaling sekejap ke arahnya. Arabella melambai kecil ke arah Erzan tatkala perasan lelaki itu menoleh ke arah tempat dia duduk.
Arabella tersenyum melihat itu sebelum tiba-tiba ingatanya bergerak pada waktu dia dan Erzan berjumpa dengan tiga lelaki itu tadi. Nampak jelas mereka bertiga terkejut tatkala mendapat tahu bahawa dia dan Erzan sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Arabella tahu mereka semua pasti keliru mengapa dia dan Erzan khawin tak jemput mereka sedangkan mereka kawan rapat Erzan. Entahlah, dia dengan Erzan khawin pun bukan dalam perancangan. Semuanya jadi tiba-tiba.
Lamunan Arabella terhenti apabila matanya melihat arah langkah kaki Erzan yang sedang perlahan melangkah ke arahnya. Kedua belah tangan Arabella mendarat pada birai bangku panjang didudukinya. Tempatnya tidak lah jauh dari kawasan Erzan busking. Hanya dalam beberapa langkah tapak kaki sahaja. Dia mengukir senyum manis ke arah Erzan yang kelihatan sudah membuka kepala hoodienya lalu tangan naik untuk meraupkan rambut ke belakang.
"Best lah tengok korang busking," ucap Arabella lembut sebaik sahaja Erzan mendaratkan punggung di sebelahnya. Lelaki itu menyandarkan tubuh lalu mata mengerling ke arah tiga rakannya yang sedang fokus mengemas peralatan muzik itu. Dia mahu menolong tapi Jay tidak membenarkan kerana kesian dengan Arabella yang bagai menunggu kedatangan Erzan itu. Sempat dia beradu mulut dengan Jay sebelum akhirnya Erzan mengalah dan berlalu untuk pergi ke arah Arabella.
Arabella menolehkan kepala ke arah Erzan. Keningnya sedikit berkerut tatkala matanya melihat keringat yang membasahi kawasan dahi milik Erzan itu. Pantas dia menundukkan wajah untuk mengambil tisu dari dalam beg tangannya. Apabila sudah dapat, terus sehelai tisu dikeluarkannya lalu tanpa aba-aba, tangannya bergerak untuk mengelap perlahan kawasan dahi Erzan itu.