𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 21

7.4K 960 402
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA tiba-tiba berubah menjadi sunyi seketika. Arabella membulatkan matanya besar ke arah Erzan. Tidak percaya dengan pengakuan yang keluar dari celah bibir tipis lelaki itu. Mata milik gadis bertudung itu bergetar kecil. Lama dia merenung wajah Erzan yang sedang menunduk merenung bawah itu. Mulut Arabella terasa bagaikan dikunci. Sungguh dia tidak sangka dengan apa yang dikatakan Erzan itu. Arabella mengenggam erat tangannya bagai menahan rasa.

"Awak gurau kan, Erzan?" Jelas kedengaran nada getar dari Arabella ketika bersuara. Erzan lambat-lambat mengangkatkan kepalanya sebelum nafas dihembus perlahan. Dalam pandandan mata Arabella kepada Erzan. Dia berharap pengakuan dari Erzan itu hanya sekadar jenaka yang mengharapkan sebuah tawaan kecil darinya.

"Reaksi muka aku cukup untuk jawab soalan kau, Rose." Datar Erzan berkata. Cukup dengan hanya ekspresi mukanya yang beriak serius menjadi jawapan dari pertanyaan Arabella itu. Dia tidak bergurau.

Saat itu, wajah Arabella terus berubah keruh. Mata mula memandang Erzan dengan pandangan yang penuh dengan pelbagai rasa yang negatif. Nafasnya sudah berubah kasar.

"Bekas banduan? Betul ke awak bekas banduan?" Kedengaran nada Arabella ketika mengucapkan itu berubah sedikit kasar. Mata memandang tajam ke arah Erzan sambil kening dijongketkan ke atas. Walaupun separuh hatinya sudah percaya dengan pengakuan Erzan itu tetap sahaja dia ingin mengesahkan lagi. Tipu kalau cakap yang hati kecilnya masih mengharapkan yang semua ini hanya sekadar gurauan yang tidak kelakar dari Erzan.

Diam.

Soalan Arabella bagaikan angin lalu dipendengaran Erzan. Lelaki itu lebih memilih untuk tidak menjawab. Membiarkan soalan Arabella dibalas dengan angin malam yang datang menerpa. Dan dengan itu, Arabella bertindak spontan menepuk kuat telapak tangannya pada lantai yang didudukinya ini.

PAP!

"Saya tanya ni kan, Erzan?! Betul ke awak bekas banduan ha?! Jawab, Erzan!" tengking Arabella secara tiba-tiba sambil mata miliknya memandang penuh tajam wajah Erzan yang masih lagi tenang itu. Nampak lelaki itu memejamkan matanya sekilas sebelum menghelas nafas halus. Sabar sahaja Arabella menunggu balasan dari Erzan.

"Betul." Sepatah Erzan membalas.

"Huh, seriously Erzan? Awak bekas banduan? Saya sumpah tak sangka yang awak akan mengaku pasal benda-benda macam ni kat saya! Awak masuk penjara? Huh, mesti teruk kan kesalahan awak sampai kena humban dalam penjara! Eh, saya tak ingin lah nak kawan dengan banduan macam awak ni! Blah lah sana!" Sejurus mengeluarkan kata-kata penuh kasar itu, terus laju Arabella mengangkat punggung untuk beredar dari situ. Meninggalkan Erzan yang sudah berubah muka ketika mendengar itu.

Puas rasa hati dia apabila mengucapkan kata-kata itu. Lagi puas bila tengok mata Erzan yang memandang lama wajahnya bersama raut wajah yang sudah berubah itu. Nampak sekilas di hujung mata Arabella yang tangan Erzan yang berada di atas lantai mengepal kuat membentuk penumbuk.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now