𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 40

11.6K 1.2K 439
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

SATU helai tudung bewarna hitam yang disangkut pada penyangkut di belakang pintu itu laju diambil oleh Arabella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU helai tudung bewarna hitam yang disangkut pada penyangkut di belakang pintu itu laju diambil oleh Arabella. Gadis itu pantas menyarungkan tudung itu untuk menutup seluruh bahagian atas kepalanya. Walaupun dia sudah menjadi isteri kepada Erzan dan auratnya sudah sah untuk dilihat Erzan, tetap jua dia memakai tudung. Sebabnya satu, bukan Erzan sahaja lelaki yang berada di dalam rumah ini. Ada Erdan yang bukan mahramnya. Jadi, dia perlu menjaga auratnya walaupun berada di dalam rumah ini.

Arabella mengukir senyum puas tatkala melihat pantulan tubuhnya yang sudah kemas berbalut baju t-shirt panjang dah seluar palazo. Nafas ditarik sebelum dilepas perlahan. Kaki mula diangkat untuk bergerak keluar dari dalam bilik Erzan ini. Tangan naik untuk menutup pintu bilik dengan rapat saat sudah sepenuhnya melangkah keluar dari bilik ini.

Arabella membawa pandangannya ke arah dapur sambil kaki bergerak melangkah ke arah sana. Matanya mula dihidangkan dengan batang tubuh kekar Erzan yang sedang berdiri tepat di hadapan singki. Nampak yang lelaki itu kelihatan kusyuk mencuci segala pinggan, sudu dan senduk yang mungkin kotor. Bibir munggilnya mengukir senyum lebar sebelum kaki berlari kecil mendekati Erzan. Tangan spontan naik untuk memeluk tubuh Erzan dari samping.

"Morning!!" sergah Arabella kuat dengan niat ingin mengejutkan Erzan namun lelaki itu sedikit pun tidak menghinjutkan bahunya tanda terkejut. Senyuman dibibir Arabella luntur serta-merta tatkala mendapat lirikan mata dari Erzan sebelum lelaki itu dengan selamba kembali mencuci pinggan yang berada ditangannya.

"Okay." Itu yang dibalas oleh Erzan. Mendengarkan itu, panjang muncung itik muncul di bibir milik Arabella. Tangan yang masih memeluk tubuh Erzan laju dirungkaikan sebelum belakang badannya disandarkan pada kabinet dapur yang berada dekat dengannya. Tangan naik memeluk tubuh. Mata naik untuk merenung wajah Erzan yang hanya fokus memandang ke arah singki.

"Awak ni memang tak ada tindak balas eh? Tak terkejut ke?" soal Arabella dengan bibir yang memuncung. Susah juga ya sebenarnya nak buat Erzan terkejut? Lelaki itu macam tak ada perasaan je.

Erzan tidak menjawab dengan suara, lelaki itu lebih memilih untuk menjawab menggunakan gelengan kepalanya. Merengus Arabella dibuatnya melihat itu. Ni pun masalah juga. Erzan ni kalau orang tanya, memang tak suka jawab dengan suara agaknya. Arabella melepaskan satu nafas berat sebelum pandangan matanya jatuh pada pinggan, senduk dan beberapa buah gelas yang berada di dalam singki itu.

Arabella melorekkan senyuman kecil sebelum badannya ditegakkan dari terus bersandar pada kabinet. Tangan kanannya laju bergerak untuk memegang satu senduk yang kini sedang dicuci oleh Erzan.

"Biar saya cuci pula, Erzan." Laju Erzan menarik senduk yang berada ditangannya tatkala mata dihidangkan dengan tangan kecil Arabella yang bergerak ingin mengambil senduk itu. Erzan gelengkan kepala perlahan sebelum bersuara.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now