𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 14

6.7K 791 81
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

KAKI berjalan perlahan sambil tangan tidak henti-henti menyuap sesudu jagung susu ke dalam mulutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI berjalan perlahan sambil tangan tidak henti-henti menyuap sesudu jagung susu ke dalam mulutnya. Arabella tersenyum tatkala merasakan kesedapan jagung susu yang baru sahaja dibelinya beberapa minit tadi. Gadis itu menaikkan pandangan sebelum mata meliar memandang beberapa buah kenderaan yang bergerak di atas jalan raya. Mata kembali memandang ke hadapan. Bibir tersenyum lebar saat mata disajikan dengan signboard yang bertuliskan 'car wash'.

Jam di tangan ditilik sebentar. Jarum pendek sudah menunjuk pukul empat lebih. Lagi sikit dah nak masuk pukul lima petang.

Mesti Erzan dah habis kerja.

Arabella mempercepatkan langkah kakinya sebelum berhenti tepat-tepat di hadapan gate besar milik perkarangan car wash itu. Anak mata memincing kecil mencari figura manusia yang ingin dia jumpa. Sambil-sambil itu sempat tangan bergerak menyuap satu sudu jagung susu yang berada di tangannya itu.

Lama Arabella mencari bayang-bayang tubuh tegap Erzan sebelum tiba-tiba bibir munggilnya tersenyum lebar.

Itu dia!

Tubuh batang Erzan yang kelihatan keluar di balik pintu itu dipandang Arabella dengan penuh senyuman. Mungkin perasan ada sepasang mata menghinggap di wajahnya, laju Erzan mengalihkan pandangan pada Arabella yang kini sedang melambai-lambai penuh ceria kepadanya. Lebar senyuman gadis itu. Erzan yang sudah dapat mengecam Arabella itu terus berkerut sebelum lambat-lambat kakinya bergerak untuk melangkah menghampiri gadis bertudung itu.

Arabella yang sudah nampak batang tubuh Erzan yang hanya beberapa jarak darinya terus bersuara.

"Hye!" Sapa gadis bertudung itu penuh ceria sambil sebelah tangan naik melambai perlahan ke arah Erzan. Lelaki itu hanya menayangkan riak biasa sebelum langkah kakinya diberhentikan saat sudah tiba di hadapan Arabella.

"Bye." Arabella menggulingkan biji matanya ke atas tatkala telinga menangkap sapaan Erzan yang macam minta kena lempar dalam gaung itu. Gadis itu memuncung sedepa sebelum anak matanya jatuh pada satu plastik kecil bewarna merah yang disangkut dipergelangan tangan kirinya. Perasan akan itu, terus Arabella membawa jauh plastik itu dipergelangan tangannya sebelum dihulurkan kepada Erzan.

"Nah! Saya belikan awak jagung susu. Makan tau. Sedap gila, Erzan. Rugi tak rasa!" Erzan hanya pandang huluran Arabella itu dengan sekali imbas sebelum dia memusingkan tubuhnya ke arah kiri. Terkebil-kebil kelopak mata Arabella ketika memandang batang tubuh Erzan yang selamba berjalan meninggalkannya ke belakang.

Eh mamat ni...

"Eh, Erzan! Tunggu lah saya!" Cepat-cepat Arabella melajukan langkah kakinya untuk menyaingi Erzan yang sudah jauh beberapa tapak darinya. Bibir memuncung ke hadapan apabila jeritannya seperti angin lalu sahaja di telinga Erzan. Arabella berlari kecil sebelum kakinya dengan tiba-tiba mendarat tepat di hadapan tubuh Erzab. Drastik Erzan mematikan pergerakkan kakinya.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now