𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
ENJIN keretanya dimatikan saat mata melihat sebuah motorsikal milik seorang lelaki berhenti dihadapannya. Arabella tersenyum tipis sebelum pintu sebelah pemandu dibuka perlahan. Sempat tangan naik memperkemaskan lagi tudung bawalnya yang kelihatan sedikit ronyok. Sebelah kaki mula bergerak untuk melangkah keluar dari kereta miliknya. Kepala tertoleh memandang homosapien yang berada beberapa kaki darinya.
"Ni ke kebun abah awak?" soal Arabella dengan nada perlahan lalu kaki lambat-lambat dibawa melangkah mendekati tubuh batang milik Erzan. Lelaki itu hanya sekadar berdehem ringkas bagi membalas pertanyaan Arabella itu.
"Luasnya..." Mata Arabella berpaling memandang hamparan kebun sayur yang berada di hadapan kornea matanya. Sebelah kaki maju sedikit ke hadapan lalu kedua-dua belah tangan Arabella naik separas bahunya. Udara pagi yang segar dihirupnya bersama dengan kelopak mata yang tertutup.
"Tak payah nak feeling sangat lah." Terus jatuh kedua belah tangan Arabella ke sisi pinggang saat mendengar suara datar dari arah homosapian yang berada di belakangnya. Laju kepala Arabella tertoleh ke belakang. Gadis itu mendengus sebelum mencebikkan bibir. Badan dipusingkan menghadap Erzan lalu kaki perlahan-lahan berjalan mendekati lelaki itu. Satu jelingan diberikan kepada Erzan.
"Hek eleh, suka hati saya lah. Sibuk apahal?" Erzan hanya tayang riak biasa ketika mendengar ucapan dari Arabella itu. Lelaki itu tanpa kata terus membawa langkah menuju ke arah satu pondok kayu yang berada sedikit jauh darinya. Melihatkan arah langkah kaki Erzan, laju Arabella mengikut di belakang lelaki itu. Mata Arabella mula meliar untuk melihat dengan lebih dekat hamparan kebun sayur ini.
Bibir mengukir senyum nipis lalu tangan Arabella turun untuk menyeluk kocek seluarnya bagi mengeluarkan satu alat canggih persegi miliknya. Iphone yang dipegang Arabella mula terangkat untuk merakam momen yang langka baginya. Ini pertama kali dia menjejakkan kaki di kebun sayur. Dulu dekat Pahang, mampu kebun strawberi dengan kebun teh sahaja.
Beberapa kali button kamera ditekan Arabella untuk mencipta kenangan. Erzan yang tenang berjalan di hadapannya mula memalingkan kepala ke belakang saat mendengar sayup-sayup bunyi kamera ditekan beberapa kali. Lelaki itu hanya berkerut saat memandang Arabella yang leka mengambil gambar kebun sayur ini. Kepala digelengkan perlahan sebelum berpaling ke hadapan.
"Awak, sayur apa je yang ada kat kebun ni?" Arabella muka melontarkan soalan sambil tangan tidak habis-habis menekan button kamera.
"Luas lah kebun abah awak ni."
"Kat sini ada tanam carrot tak? Sebab saya suka carrot."
"Kebun ni ada ulat gonggok tak? Saya tak suka ulat gonggok. Eee geli!"
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...