𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 23

7.2K 954 317
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

DULANG yang terdapat satu jug air kopi dan sepinggan cucur udang ditantangnya menuju ke arah ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DULANG yang terdapat satu jug air kopi dan sepinggan cucur udang ditantangnya menuju ke arah ruang tamu. Bibir mengukir senyum saat matanya berlaga dengan wajah seorang lelaki yang sedang elok duduk di sebuah sofa. Puan Zaniah perlahan-lahan meletakkan dulang yang ditantangnya ke atas meja. Punggungnya dilabuhkan di sofa berhadapan lelaki itu. Nampak lelaki itu sedang berbual-bual dengan suaminya iaitu Encik Azfam.

"Ni Syahmi, jemput lah makan. Aunty ada buat cucur udang ni." Puan Zaniah mengeluarkan satu pinggan kaca yang berisi cucur udang dari dulangnya. Lelaki yang bernama Syahmi itu segera memalingkan kepala ke arah Puan Zaniah lalu kepalanya diangguk perlahan. Bibir lelaki itu naik membentuk senyuman tipis. Encik Azfam yang mendengar itu turut membawa pandang ke arah sepinggan cucur itu sebelum tangannya maju untuk mengambil cucur udang.

"Makan Syahmi. Petang-petang ni sedap makan cucur udang," ucap Encik Azfam pula. Tangan Syahmi perlahan-lahan bergerak untuk mengambil satu cucur udang sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Puan Zaniah yang melihat itu hanya tersenyum lalu tangan wanita itu bergerak untuk menuang air kopi ke dalam dua buah cawan kaca. Satu cawan kaca itu ditolak ke arah Encik Azfam tatkala melihat suaminya itu memberi isyarat supaya cawan kaca itu dihulurkan ke arahnya. Barangkali, haus.

"Susah-susah je aunty masak cucur udang ni. Segan pula saya." Syahmi ukir senyum kekok. Rasa segan pula bila dipelawa makan di situ. Dia datang sini pun hanya ingin melawat pasangan suami isteri itu.

Mendengar itu, laju Puan Zaniah menggeleng.

"Apa pula yang susahnya? Kamu kan tetamu aunty. Ni nah, minum kopi ni. Ni kopi sedap ni." Cawan kaca yang sudah penuh berisi air kopi itu dihulur ke arah Syahmi yang duduk bertentangan dengannya itu. Perlahan-lahan lelaki itu membalas sebelum air kopi itu dicicip perlahan. Encik Azfam hanya selesa menjadi pemerhati sebelum dia tersenyum kecil memandang Syahmi. Sopan sahaja lelaki itu dengan keluarganya.

Otak Encik Azfam tiba-tiba teringatkan akan sesuatu. Dia mula palingkan kepala ke arah Puan Zaniah yang sedang leka memasukkan cucur udang ke dalam mulut.

"Bell balik esok kan?" Soalan itu dituju kepada isterinya. Syahmi yang menjadi pendengar terus laju angkat kepala memandang pasangan suami isteri itu bergilir-gilir. Mata lelaki itu tertancap ke arah Puan Zaniah menunggu jawapan wanita itu. Puan Zaniah berdehem ringkas lalu membawa pandang ke arah suaminya.

"Haah. Semalam dia call saya. Cakap esok dia balik." Encik Azfam hanya mengangguk kepala ringkas sebelum lelaki itu sambung mencicip air kopi yang berada ditangannya. Syahmi berkerut sesaat tatkala mendengar apa yang dikatakan Puan Zaniah itu.

"Oh, Bell balik esok ke aunty? Saya ingat minggu depan." Syahmi memandang ke arah Puan Zaniah beserta kerutan di dahi.

"Eh, kamu tak tahu ke? Bell kata dia plan last minute sebenarnya nak balik Johor. Patutnya memang minggu depan. Mungkin sebab kamu masuk minang dia kot tu yang cepat sangat balik." Puan Zaniah meletuskan tawa kecil sejurus mengucapkan itu. Mata memandang ke arah Syahmi yang sudah menunduk malu-malu itu. Encik Azfam hanya sekadar menggeleng sambil tersenyum lalu tangannya bergerak untuk mengambil cucur udang lagi.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now