𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
DARI luar Erzan hanya memerhati sahaja seorang doktor lelaki bersama seorang jururawat perempuan yang sedang berdiri di sebelah katil milik Arabella. Gadis itu kelihatan sedang memejamkan mata rapat bersama dengan kepala yang dibalut dengan bandage. Erzan sudah tidak dapat menenangkan dirinya apabila melihat keadaan Arabella yang teruk itu. Nasib baik pada waktu kejadian, ambulans datang dengan cepat.Dia sudah risau dengan keadaan Arabella yang sudah tidak sedarkan diri itu. Tidak keruan dia dibuatnya sampaikan dia tiada masa untuk melabuhkan duduk di atas kerusi. Hanya setia memerhati Arabella dari luar bilik ward melalui pintu. Dia masih tidak dibenarkan masuk lagi kerana doktor masih belum habis merawat dan memastikan keadaan Arabella.
Erzan melangkah beberapa tapak ke belakang tatkala melihat doktor lelaki dan jururawat perempuan itu yang sedang melangkah ke arah pintu. Nampaknya, mereka berdua sudah habis merawat Arabella. Erzan memberi ruang kepada dua manusia berjawatan hebat itu untuk keluar sebelum pandangan mata Erzan melekat pada wajah doktor lelaki itu.
"Macam mana keadaan isteri saya?" Terus Erzan melontarkan soalan dengan wajah yang jelas beriak risau. Dalam hatinya berharap kecederaan di kepala Arabella tidak terlampau serius. Doktor lelaki itu kelihatan memberi isyarat kepada jururawat perempuan di sebelahnya untuk beredar tanpanya.
Doktor lelaki yang bernama Khairul itu berdehem sebentar sebelum membalas.
"Alhamdulillah, isteri Encik dalam keadaan stabil. Cumanya, kepala Puan Arabella mengalami hentakkan yang kuat sehingga menyebabkan banyak pendarahan. Tapi lihat daripada hentakkan di kepala Puan Arabella itu, ada satu kemungkinan yang buat saya risau," Erzan yang sudah ingin bernafas lega itu tersentak tatkala mendengar ayat akhir yang diucapkan doktor Khairul itu. Jelas kelihatan raut wajah doktor itu yang sedikit gelisah dan risau.
"Apanya, doktor?" Doktor Khairul membawa pandangan kepada Erzan sesaat sebelum memalingkan kepalanya ke arah Arabella yang sedang berbaring bersama mata yang tertutup rapat itu.
Nampak jelas Doktor Khairul mengambil nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Mata masih tertumpu pada sekujur tubuh batang Arabella.
"Kemungkinan Puan Arabella akan hilang ingatan. Tapi, ini hanya kemungkinan. Lagipun, hentakkan di kepala Puan Arabella memang sangat kuat sampaikan banyak darah keluar. Ada kemungkinan untuk Puan Arabella hilang ingatan dan ada juga kemungkinan untuk Puan Arabella tidak hilang ingatan," terang Doktor Khairul panjang lebar membuatkan Erzan yang mendengar itu tersentak hebat sebelum dia memandang ke arah Arabella.
Apa yang diucapkan oleh Doktor Khairul sungguh mengejutkannya. Hilang ingatan? Dia rasa jantung dia bagai mahu berhenti apabila menerima berita itu. Raut wajahnya sudah berubah mengenangkan keadaan Arabella yang serius itu.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...