𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
BIBIR munggilnya tersenyum penuh lebar. Pandangan dijatuhkan pada jari runcingnya yang sudah cantik tersarung sebuah cincin berlian. Cincin itu diusap perlahan dengan hati yang penuh dengan kata senang dan gembira. Kepala kembali terangkat saat telinga mendengar suara Puan Zaniah yang sedang bersuara kuat itu. Arabella menggelengkan kepala perlahan melihat mamanya yang dari tadi tidak berhenti membuka mulut itu. Ada je yang wanita tua itu akan bersuara.
"Syahmi sini! Ambil gambar dengan Bell. Buat kenangan. Cepat-cepat!" Puan Zaniah menolehkan kepala ke arah Syahmi yang hanya tenang berdiri di sisi pintu itu. Mata lelaki itu yang tadi melekat di wajah Arabella mula terpaling memandang Puan Zaniah.
"Ha Syahmi! Yang kamu tercegat tu buat apa? Cepat lah, mummy nak tengok kamu bergambar dengan Ara!" Itu pula suara dari Puan Khadijah. Ibu kandung Syahmi. Di sebelah Puan Khadijah, berdirinya seorang gadis cantik dengan gaya rambut yang sedikit kerinting di bahagian bawah. Gadis itu pula bernama Puteri Qairina. Kakak kandung Syahmi.
Syahmi hanya tayang sengih sekilas sebelum menggerakkan kaki untuk berjalan mendekati Arabella yang sudah kelihatan anggun duduk di atas sofa panjang itu. Gadis itu hanya menunduk malu sambil jari dimainkan perlahan.
Punggung dilabuhkan perlahan di sebelah Arabella. Masih ada jarak yang tercipta di antara mereka. Selagi belum ada lafaz akad nikah, mereka tidak akan duduk rapat sehingga bersentuh walaupun berlapik kain.
"Bell tu tangan kamu yang pakai cincin tu angkat. Baru lah nampak yang kamu ni dah tunang," ucap Puan Zaniah tatkala matanya nampak yang kedua belah tangan Arabella elok mendarat di atas peha miliknya. Mendengarkan itu, terus laju Arabella jatuhkan kepalanya memandang tangan di peha. Sengih sempah ditayangkan kepada Puan Zaniah lalu jarinya diangkat ke atas separas wajah.
"Za cepat Za ambil gambar. Nanti turn kita berdua pula bergambar dengan diorang. Nanti saya suruh Rina yang ambilkan gambar." Puan Khadijah menghayunkan kaki mendekati Puan Zaniah yang sedang memegang telefon bersedia untuk mengambil gambar Arabella dan Syahmi itu. Senyum diberikan kepada Puan Zaniah tatkala wanita tua itu memandang ke arahnya.
"Eee memang tak lah Rina nak ambilkan. Menyampah lah tengok muka perempuan ni." Qairina yang tanpa sengaja mendengar itu laju berdecit kuat. Sebelah tangan naik memeluk tubuh manakala sebelah lagi naik untuk memintal-mintal rambut kerintingnya. Wajah malas ditayangkan. Mata sempat menjeling sekilas Arabella yang sudah tersenyum lebar memandang kamera itu.
Dia memang tidak berapa suka dengan Arabella ini. Kalau diikutkan rasa hati, memang tak lah dia nak jejak kaki kat sini semata-mata nak tengok adik kandungnya bertunang dengan Arabella. Tapi kalau dah keluar semua ayat-ayat amaran dari Puan Khadijah, terpaksalah gagah kan juga kaki nak datang sini.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...