𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
PINGGAN besar yang berisikan buah tembikai dibawa Arabella sambil kaki melangkah menuju ke ruang tamu. Bibir munggilnya naik mengukir senyum tatkala pandangan mata dihidangkan dengan sisi tubuh Erzan yang sedang elok melabuhkan duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Pinggan yang dipegangnya diletakkan perlahan di atas meja berhadapan Erzan. Tanpa kata, laju Arabella mengambil satu buah tembikai itu sebelum punggungnya didaratkan di sebelah tubuh tegap Erzan.
"Saya potong buah tembikai. Makan lah." Arabella berkata lembut sambil pandangan dihalakan ke arah Erzan. Lelaki itu hanya sekadar berdehem ringkas sebagai balasan. Anak mata Erzan langsung tidak menyinggah di wajah Arabella sebaliknya hanya fokus menatap buku yang berada ditangannya.
Arabella yang melihat reaksi Erzan itu pantas memuncungkan bibirnya ke hadapan. Nampaknya mulai hari ini, dia kena biasakan diri dengan Erzan yang akan melayannya dingin apabila ada buku ditangan lelaki itu. Erzan menyandarkan belakang badannya sambil mata sempat melirik pada wajah Arabella.
TING! TONG!
Arabella tersentak tatkala telinganya mendengar bunyi lonceng yang kuat memenuhi ruangan ruang tamu ini. Laju kepala berpaling ke arah pintu sebelum Arabella mendengar suara jeritan Puan Zaniah yang berada di dalam dapur.
"Bell, pergi bukakan pintu sana! Mesti Qairina tu!" Kepala Arabella terpaling ke arah dapur apabila mendengar arahan yang dikeluarkan Puan Zaniah itu. Arabella menghabiskan dahulu buah tembikai yang berada ditangannya sebelum dia bangun dari duduk. Pandangan mata Arabella sengaja dibawa singgah ke wajah Erzan. Lelaki itu tiba-tiba berubah riak wajah. Datar.
Arabella memandang lama wajah Erzan sebelum tiba-tiba dia kalihkan wajah tatkala sepasang mata coklat gelap itu menatap ke arahnya. Erzan menjongketkan keningnya ke atas bagai menegur Arabella. Melihatkan itu, laju Arabella memberikan senyuman kecil sebelum kakinya berjalan laju menuju ke arah pintu.
TING! TONG!
Serentak dengan bunyi lonceng yang ditekan lagi sekali itu, terus pintu utama ini terbuka lebar dengan cepatnya. Arabella melemparkan pandangan pada seorang gadis cantik yang sedang berdiri tepat di hadapan pagar rumahnya. Arabella dapat melihat dengan jelas sebelah tangan Qairina naik untuk mengipas wajahnya. Mungkin panas dengan teriknya sinaran matahari.
"Buka je lah pagar tu, akak. Tak kunci pun." Arabella menjerit sedikit kuat menyentakkan Qairina. Gadis berambut panjang itu pantas menolak perlahan pagar bewarna putih di hadapannya. Arabella hanya memandang tubuh batang Qairina dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Terpaksa bibirnya melemparkan senyum manis apabila melihatkan Qairina yang sudah tiba di hadapannya.
Gadis itu melepaskan kaca mata yang sedari tadi diletakkan di atas kepalanya. Anak mata Qairina bergerak memandang Arabella atas bawah dengan pandangan tidak suka. Arabella perasan akan pandangan itu. Dia sudah biasa.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Любовные романы[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...