𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 32

7K 913 196
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

SATU dulang berukuran sederhana yang terdapat dua buah gelas dan satu jug air ditantang Erzan menuju ke arah ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU dulang berukuran sederhana yang terdapat dua buah gelas dan satu jug air ditantang Erzan menuju ke arah ruang tamu. Matanya mula menangkap kelibat dua buah tubuh yang sedang duduk penuh sopan di atas sofa diruang tamu miliknya. Zahirah dan Arabella. Wajah Erzan hanya datar ketika meletakkan dulang itu ke atas meja. Sempat wajah Zahirah yang tersenyum manis ke arahnya dikerling.

"Susah-susah je lah Erzan buat air bagai. Terima kasih." Zahirah yang sedang melihat Erzan meletakkan dulang itu terus berucap penuh lembut. Erzan hanya memberikan anggukkan sebagai balasan lalu dengan posisi separuh membongkok, dia mengambil satu gelas di atas dulang itu sebelum dituangkan air ke dalamnya. Tanpa aba-aba, laju Erzan menghulurkan gelas yang sudah berisi air itu ke arah Zahirah.

Dengan sebuah senyuman kecil, Erzan membalas.

"Sama-sama." Tepat mengucapkan kata-kata itu, terus Erzan labuhkan punggungnya ke atas sofa yang bertentangan dengan dua gadis itu. Melihatkan tindakan Erzan itu, perlahan-lahan Zahirah menyimpan senyum sebelum menolehkan kepala ke arah Arabella yang hanya diam menundukkan kepala ke bawah.

Dan baru dia perasan, Erzan hanya menuangkan air ke dalam gelas ini untuknya. Untuk Arabella, dia tidak tuangkan. Kenapa macam ada yang tak kena sahaja dengan mereka berdua ini? Setahu dia, Arabella ni kalau jumpa Erzan mesti mulut tak berhenti berbunyi. Ni diam sahaja. Di sini, Zahirah dilanda perasaan hairan.

Tiba-tiba terasa suasana hening seketika. Zahirah yang tidak mengerti dengan situasi ini cuba untuk meruntuhkan keheningan ini. Perlahan-lahan, gelas yang berada ditangannya dihulur ke arah Arabella.

"Nah, amik lah air ni Bell." Zahirah memberikan senyuman ke arah Arabella. Laju kepala milik Arabella tertoleh ke arah Zahirah sebelum matanya jatuh pada gelas yang berada ditangan gadis itu. Namun, baru sahaja tangan Arabella ingin mengambil gelas itu, tiba-tiba ada satu suara garau menghentikan pergerakan tangannya.

"Biar lah dia amik sendiri. Ada tangan kan?" Serentak kepala Arabella dan Zahirah bergerak ke arah turut mendengar itu sudah berkerut hairan. Memang sekarang dia dilanda beribu soalan tentang Erzan dengan Arabella ini. Mereka nampak macam tak pernah sesama sendiri pula.

"Tak apa, Zahirah. Nanti saya amik sendiri. Lagipun, saya belum haus lagi." Tiba-tiba Arabella bersuara tatkala perasan Zahirah yang terdiam sambil berkerut itu. Mendengarkan itu, Zahirah hanya mengangguk kepala perlahan walaupun dia sedikit kelihatan blur. Arabella hanya sekadar tersenyum tipis ke arah Zahirah lalu matanya dengan berani menyinggah pada Erzan yang duduk bertentangan dengannya.

Lelaki itu sedang mematikan pandangan pada telefon miliknya yang entah sejak bila sudah berada ditangannya. Mata Erzan beralih memandang dua gadis dihadapannya. Terus laju Arabella alihkan pandangan. Tidak mahu dia bertentang mata dengan Erzan.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now