𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 22

6.6K 902 236
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

KERETA miliknya diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA miliknya diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres. Enjin keretanya dimatikan lalu kunci dicabut sebelum disimpan ke dalam beg silangnya. Pintu keretanya dibuka luas. Sebelah kaki menapak keluar dari perut kereta. Arabella memejamkan mata tatkala sinar matahari menerobos masuk ke dalam penglihatannya. Pintu keretanya kembali ditutup sebelum sepasang kakinya melangkah menghampiri sebuah pagar milik sebuah rumah teres.

Arabella bergerak sedikit ke tepi untuk menekan lonceng agar orang yang berada di dalam rumah itu keluar.

TING! TONG!

"Assalammualaikum!!" sebut Arabella separa menjerit tatkala melihat yang pintu di rumah itu masih tertutup rapat. Dia mengintai sekejap melalui celah-celah pagar itu.

TING! TON!

"Assalammualaikum!! Zahirah oo Zahirah!!" Lonceng ditekan serentak Arabella melaungkan kuat nama itu. Mengambil masa beberapa minit juga untuk tunggu pintu itu terbuka lebar. Bibir Arabella naik mengukir senyum tatkala melihat kepala Zahirah yang berbalut tunggu mengintai untuk melihatnya. Gadis itu turut tersenyum sebelum menapak keluar dari rumahnya.

Selipar disarungkan ke kaki lalu kaki Zahirah berlari laju menuju ke arah pagar.

"Eh, Bell! Terkejut saya awak ada kat depan rumah saya tau! Ingatkan siapa lah tadi dok ting tong ting tong." Zahirah mula membuka pagar rumahnya sebelum dia berjalan keluar untuk menghampiri tubuh batang Arabella yang hanya setia berdiri ditempatnya.

"Awak ada apa datang rumah saya?" soal Zahirah laju kepada Arabella sambil kening gadis itu dijongketkan ke atas. Wajah Arabella direnung dalam. Arabella berdehem sebentar lalu kedua belah tangannya naik untuk menggenggam sebelah tangan Zahirah.

"Saya datang ni sebab nak ucap selamat tinggal kat awak. Kejap lagi, saya dah nak kena balik Johor dah." Terselit nada sedih di sela bicara Arabella. Mana tak sedihnya, kalau dia dah buat kawan dekat Melaka ni akhir-akhir kena tinggalkan juga sebab dia perlu kembali ke negeri asalnya. Berat juga hati dia ingin meninggalkan Zahirah walaupun mereka baru berkawan beberapa minggu sahaja.

"Eh, bukan awak cakap esok ke awak balik Johor?" Kening Zahirah berkerut ketika mengucapkan soalan itu. Setahunya, semalam Arabella ada mesejnya bahawa gadis itu akan balik ke negeri asalnya pada lusa hari. Lusa maksudnya esok lah kan?

Arabella anggukkan kepala kepala ringkas lalu membalas.

"Saya tak jadi nak balik esok." Terus berubah air muka Zahirah.

"Ala yeke? Cepatnya awak dah nak balik. Sedih lah saya tak ada teman nak borak-borak lepas ni. Saya dekat sini bukannya ada kawan perempuan pun." Bibir dijuihkan ke hadapan sambil muka beriak sedikit sedih. Arabella hanya sekadar memberi senyum lalu tangannya yang menggenggam tangan Zahirah perlahan-lahan mengusap tangan Zahirah. Dia pun turut sedih tetapi apakan daya, dia hanya singgah di Melaka untuk melancong sahaja.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now