𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 1

15.1K 1K 41
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

JARI runcingnya galak menari-nari di atas permukaan skrin telefonnya sambil sesekali bibirnya menyunggingkan senyuman tipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARI runcingnya galak menari-nari di atas permukaan skrin telefonnya sambil sesekali bibirnya menyunggingkan senyuman tipis. Mata hitamnya tunak memerhati gambar dirinya sewaktu travel di negeri orang itu. Kadangkala, ada gambar yang mencuit hatinya sehingga dia tanpa sengaja meletuskan tawa kecil. Biasalah kalau dah travel kat negeri orang, memang tangan tak lepas pegang telefon. Habis semua yang dia nampak, dia capture. Tak pasal-pasal gambar sorang pakcik tengah garu ketiak pun dia capture.

"Amboi Bell, senyum-senyum tu tengah chat boyfriend ke?" Kepala yang pada mulanya menunduk memandang telefon kini mula terangkat saat suara lembut yang dikenalinya itu menerobos masuk ke dalam telinganya. Arabella hanya tersenyum saat matanya dihiasi dengan figura tubuh mamanya, Puan Zaniah. Puan Zaniah mengambil duduk di sofa yang bertentangan dengan sofa yang diduduki anak perempuannya itu.

"Ish Mama ni! Mana ada boyfriend. Ni ha, Bell tengah tengok gambar masa travel-travel dulu." Arabella memuncungkan bibirnya ke hadapan sebelum fokusnya kembali beralih pada skrin telefonnya itu. Puan Zaniah hanya tersenyum tipis sebelum menggeleng perlahan.

Itulah dia seorang Arabella Zenrose. Kaki travel. Tapi yang bagusnya, Arabella lebih suka travel di dalam kawasan Malaysia sahaja. Katanya, Malaysia lagi menarik dari luar negara. Puan Zaniah menggeleng sekali lagi saat mengingat akan momen dimana Arabella memujuknya agar memberikan keizinan kepadanya untuk travel mengelilingi Malaysia.

"Tahun ni Bell nak travel mana pula?" Soalan itu dilontarkan kepada Arabella yang masih fokus memandang telefonnya itu. Mendengarkan soalan mamanya itu, terus Arabella mengangkat wajah sebelum tersenyum lebar. Duduknya dibetulkan dengan menurunkan sebelah kaki yang sedari tadi naik di atas birai sofa. Satu bantal kecil yang berada di sebelahnya, diambil sebelum diletakkan di atas peha miliknya.

"Ermm, Bell plan tahun ni Bell nak travel dekat..." Sengaja dileretkan suaranya membuatkan Puan Zaniah menjongketkan keningnya bersama dengan gerakan mulut yang menyebut.

"Dekat?" Soal Puan Zaniah tertanya-tanya. Arabella mengukir senyum lebar sebelum menyambung.

"Melaka! Bell nak travel kat Melaka!" Arabella mengangkat sebelah tangannya yang membentuk penumbuk sebelum digoncang-goncangkan suka. Bibirnya masih mengukir senyuman lebar. Tidak sabar pula ingin menjejakkan kaki di negeri bersejarah itu. Puan Zaniah yang mendengar itu terus menganggukkan kepalanya sebelum bersuara.

"Bukan Bell dah pernah pergi Melaka ke? Seingat mama lah Bell macam dah pernah pergi." Ucap Puan Zaniah dengan nada yang lembut. Matanya tunak memerhati wajah jelita anak tunggalnya itu.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now