𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
SATU kerusi plastik bewarna kuning ditariknya perlahan sebelum punggung dilabuhkan di atas permukaan kerusi itu. Arabella meletakkan beg tangannya di kerusi sebelahnya. Anak matanya meliar sekejap di segenap ruangan kedai makan mamak ini. Saat matanya berlaga dengan wajah seorang lelaki yang sedang memakai apron, terus Arabella mengangkat tangan kanannya mengisyaratkan lelaki itu untuk berjalan ke meja yang didudukinya. Lelaki itu terus mencapai satu buku kecil bersama pen lalu membawa langkah menghampiri meja Arabella.
"Ya dik, nak makan apa?" Soalan itu dilontarkan oleh lelaki itu kepada Arabella saat dia sudah berdiri tegak di tepi meja yang ditempati gadis itu. Arabella kelihatan berfikir sejenak sebelum membuka suara.
"Bagi saya nasi goreng kampung satu." Laju tangan lelaki itu menari di atas permukaan buku kecilnya. Sedang menulis pesanan yang dipinta oleh Arabella.
"Air?"
"Erm...teh tarik panas." Seusai mengucapkan itu, terus lelaki itu menulis kembali di buku kecilnya sebelum meminta diri untuk kembali ke dapurnya. Arabella yang melihat itu terus menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi sebelum menghembuskan nafas perlahan. Matanya kembali meliar ke segenap ruangan restoran ini sebelum teringat akan sesuatu. Laju gadis itu menolehkan kepala ke arah beg tangan miliknya sebelum tangan maju untuk menyeluk ke dalam beg itu.
Satu objek berbentuk segi empat tepat diambil lalu dihidupkan. Bibir mengukir senyum tipis sebelum nombor seseorang ditekan. Pantas alat canggih itu dilekapkan ditelinga kanannya.
"Assalammualaikum, mama!" Arabella menyapa kuat saat telefonnya sudah diangkat oleh Puan Zaniah. Sapaan yang kuat oleh Arabella itu sedikit sebanyak mengamit beberapa buah mata terkalih ke arahnya. Mungkin terkejut ataupun kurang selesa dengan suara yang kuat itu. Arabella hanya tersenyum tipis sebelum menolehkan kepalanya ke arah dinding yang berada disebelahnya. Malu lah pula. Nasib baik meja yang didudukinya betul-betul merapat ke dinding.
"Waalaikummusalam, anak mama. Ha, dah sampai Melaka ke tu, Bell?" Selepas beberapa saat hanya diam, tiba-tiba Puan Zaniah bersuara membuatkan Arabella kembali mengalihkan fokusnya pada suara lembut mamanya itu. Dia menyilangkan kaki sebentar sebelum sebelah tangannya yang bebas dibawa merapat ke perutnya.
"Belum, ma. Bell singgah makan kejap. Jalan jem lah, ma. Ni pun Bell masih belum masuk Melaka lagi. Still kat Johor lagi," ucap Arabella dengan nada perlahan sambil sesekali matanya mengerling sekilas beberapa orang pelanggan yang kelihatan sedang fokus dengan makanan masing-masing. Nafas lega dihembuskan. Lega pula bila tengok mata yang sempat memandangnya tadi, sudah berkalih pada makanan di hadapan. Hilang lah sikit malu tadi.
"Lah yeke? Mama ingat Bell dah masuk Melaka. Mungkin jem sebab musim cuti sekolah kot. Cuti seminggu ni memang semua pergi holiday lah. Tu yang jem tu." Puan Zaniah berkata lembut membuatkan Arabella menganggukkan kepalanya perlahan. Sudah menjadi tabiat Arabella jikalau sedang dalam talian, dia akan senang menganggukkan kepalanya walaupun Puan Zaniah tidak nampak. Dah terbiasa dah. Kalau orang tengok, mesti kerutkan kening. Lain macam duk angguk-angguk kepala time call. Macamlah orang dekat seberang sana nampak.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...