[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
STERENG kereta dipusingkan perlahan ke arah kiri. Bibir mungilnya yang memuncung sedari tadi perlahan-lahan naik mengukir senyuman lega. Lega bila melihat apa yang dicari akhirnya muncul. Car wash. Itu lah yang dicari Arabella sedari tadi. Hati terus terasa ingin 'mandikan' keretanya sampai bersih bila otak putar kembali bila kali terakhir dia cuci kereta. Ada lah dalam nak dekat sebulan lebih. Kotor tu tidaklah kotor mana. Cuma ada sedikit kesan lumpur yang masih degil mahu berganjak dari keretanya.
Arabella menaikkan sedikit paras kepalanya ke atas. Ingin melihat bahagian dalam car wash itu. Lebih tepat lagi nak cari tempat kosong untuk parking keretanya sebelum minta untuk dicuci. Nasib menyebelahi Arabella tatkala terlihat satu tubuh kekar lelaki sedang menaikkan tangan sebelum melambai ke arah Arabella agar parking keretanya di satu tempat khas untuk park kereta. Cepat-cepat Arabella memandu keretanya sehingga berhenti betul-betul di bawah satu bumbung.
Enjin kereta dimatikan lalu tali pinggang keledar dilepaskan. Sempat Arabella memperkemaskan awning tudung shawlnyasebelum tangan gadis itu maju untuk membuka pintu kereta. Kelihatan lelaki yang menyuruhnya memarkir kereta tadi datang berjalan menuju ke arahnya. Senyum dihulurkan ke arah Arabella sebelum bersuara.
"Ya? Mau cuci kereta ya?" Sepet kelopak mata lelaki itu saat berkata sambil bibir melakar senyuman. Kulit putih susu. Lenggok cakap macam bukan orang Melayu. Orang Cina. Arabella berdehem sekejap sebelum mata dipakukan pada lelaki yang berada di hadapannya. Kepala sedikit didonggakkan. Tinggi lelaki itu hanya beberapa cm sahaja dari tubuh badannya.
"Yes. Saya nak cuci and vacuumsekali."
"Ooo no problem." Laju lelaki Cina itu membalas sebelum kepalanya perlahan-lahan menoleh ke arah belakang. Melihat kelakuan lelaki Cina itu, mata Arabella laju tertancap ke arah belakang lelaki Cina itu. Kening dikerutnya. Hanya tubuh kekar milik seorang lelaki yang sedang membelakanginya menjadi hiasan mata Arabella. Di tangan lelaki itu terdapat satu tuala bewarna kelabu gelap.
Mata Arabella kembali tertumpu kepada lelaki Cina yang berada di hadapannya. Baru sahaja Arabella ingin membuka mulut, tiba-tiba suara garau lelaki Cina itu berbunyi membantutkan niat Arabella.
"Erzan! Erzan! Mari sini kamu." Laju Arabella memalingkan kepala ke arah susuk tubuh lelaki yang sedang membelakanginya itu. Kelihatan susuk tubuh itu refleks berpaling ke arahnya atau lebih tepat lagi ke arah lelaki Cina di hadapannya ini. Mata Arabella sedikit membulat saat melihat wajah lelaki itu.