𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 48

6.4K 1K 177
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

"AWW Erzan! Lama tak jumpa! Rindu I tak?" Bibir munggil yang cantik bewarna merah terang itu tersenyum penuh lebar ke arah Erzan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AWW Erzan! Lama tak jumpa! Rindu I tak?" Bibir munggil yang cantik bewarna merah terang itu tersenyum penuh lebar ke arah Erzan. Badan gadis itu sudah berbalik menghadapnya.

Melihatkan wajah yang sangat dikenalinya itu, terus wajah Erzan bertukar datar. Wajah gadis itu dipandang tidak penuh minat.

"Kau buat apa kat sini, Qairina?" Ya, gadis itu ialah Puteri Qairina.

Mendengar persoalan Erzan itu, terus senyuman milik Qairina bertukar menjadi sinis. Dia sempat mengerling wajah Arabella yang terkebil-kebil memandangnya bagai baru pertama kali bersua muka dengannya. Qairina dengan penuh gaya melangkah menghampiri Erzan yang sudah melemparkan pandangan penuh dingin padanya.

Seketika, Qairina meletuskan satu tawa kecil sebelum tangannya naik untuk menyelitkan helaian rambutnya ke telinga.

"Jangan lah pandang I macam tu. Saja je I datang sini. Nak lawat your beloved wife!" ucap Qairina beserta satu senyuman manis. Namun dipandangan mata Erzan, senyuman itu tidak kelihatan manis melainkan lebih kepada sinis. Tambahan pula, tiga ayat terakhir yang diucapkan Qairina sengaja ditekan kuat. Erzan hanya diam sebelum mengalihkan pandangan pada Arabella yang kini sedang menatapnya.

Qairina yang berada dekat dengannya hanya diendahkan bagai gadis itu tidak wujud. Sayup-sayup telinga Erzan mendengar decitan kuat gadis itu menandakan dia kesal kerana kehadirannya bagai tidak dilayan oleh Erzan. Qairina menggulingkan biji matanya ke atas tatkala matanya melihat Erzan yang sedang menghampiri katil Arabella sebelum sebuah plastik merah yang dipegangnya diletakkan di atas meja kecil sebelah katil.

Erzan menundukkan wajahnya sedikit mendekati Arabella sebelum tangannya naik untuk mengusap lembut atas kepala milik Arabella. Qairina yang menjadi penonton itu mula membuat muka sebelum membebel perlahan.

"Aku dah beli roti. Kau nak makan sekarang ke?" soal Erzan lembut sebelum matanya bergerak untuk melirik sekilas plastik merah itu. Arabella menggeleng kepala perlahan. Dia belum rasa ingin makan lagi. Otaknya kini hanya memikirkan tentang kehadiran Qairina itu. Dia sempat mengeling wajah Qairina yang sebelum menatap Erzan.

"Awak...tu siapa?" Bibir bergerak menunjuk ke arah dimana Qairina berdiri. Terkebil-kebil kelopak mata Arabella tatkala melihat wajah gadis yang sangat asing baginya itu. Dia tidak kenal gadis itu ataupun dia lupa tentang gadis itu sama macam dia lupa Erzan?

Mendengarkan persoalan Arabella itu, terus mata Erzan melirik sekilas Qairina yang kini sudah menayang senyum sinis sebelum kepala digelengkan perlahan. Nampaknya, gadis itu mendengar soalan Arabella. Dari kejauhan, Erzan nampak yang Qairina mula membawa langkah menghampiri katil Arabella.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now