𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 33

7.1K 961 160
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

PUNGGUNGNYA dilabuhkan dengan perlahan di atas sebuah bangku panjang yang tidak jauh berkedudukan dari taman permainan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUNGGUNGNYA dilabuhkan dengan perlahan di atas sebuah bangku panjang yang tidak jauh berkedudukan dari taman permainan. Tudung shawl putih yang dipakainya sedikit berantakan akibat angin petang yang datang menampar wajahnya. Arabella menggerakkan kepalanya ke segenap arah, mencari bayang susuk tubuh seseorang yang ingin ditemuinya. Telinganya mula ditampar dengan bunyi suara kanak-kanak yang datang dari arah taman permainan itu.

Petang-petang begini memang semua ibu bapa akan ambil peluang untuk membawa anak-anak datang bermain di taman permainan ini.

Mengambil masa beberapa minit juga sebelum satu bunyi motor yang sedikit kedengaran kuat menyentakkan Arabella yang sedang leka duduk di situ. Laju kepalanya tertoleh ke belakang. Bibir yang tadi tidak dihiasi dengan senyuman mula naik secara perlahan untuk membentuk senyuman yang manis. Arabella berdiri tatkala melihat susuk tubuh Erzan yang sudah memberhentikan motor tepat di belakang bangku yang didudukinya.

Lelaki itu mencabut kasar helmet bewarna hitam yang dipakainya sebelum diletakkan di atas bakul motornya. Arabella hanya setia menjadi pemerhati sebelum dia memberanikan diri untuk membuka langkah menghampiri Erzan. Wajah Erzan dipandang namun hanya pandangan penuh dingin sahaja lelaki itu lontarkan.

Baru sahaja Arabella ingin membuka suara, tiba-tiba telinganya ditampar lagi dengan bunyi motor yang kuat dari arah kanannya. Serentak Erzan dan Arabella menolehkan kepala ke arah punca bunyi motor itu datang. Arabella berkerut halus saat melihat seorang lelaki memberhentikan motor di belakang Erzan sebelum helmetnya dibuka kasar.

Baru lah Arabella dapat melihat dengan jelas siapa gerangan lelaki itu.

Erdan.

Abang Erzan.

Arabella sedikit terkejut dengan kehadiran abang Erzan itu. Setahunya, dia hanya menyuruh Erzan sahaja yang datang berjumpa dengannya.

Mata Arabella perlahan tertoleh ke arah Erzan. Lelaki itu masih lagi mematikan pandangan ke arah Erdan dengan raut wajah yang sedikit dingin. Kadang-kadang, telinga Arabella menangkap decitan kasar yang keluar dari celahan bibir tipis Erzan.

Kepala Arabella kembali bergerak memandang ke sebelah saat mendengar derapan langkah kaki seseorang yang semakin dekat ke arahnya. Matanya dihiasi dengan wajah milik Erdan sebelum lelaki itu dengan selamba menghulurkan tangan bagai meminta sesuatu.

"Kau kata nak bayarkan hutang aku kan? Mana duitnya?" Sejurus kata-kata itu meluncur laju keluar dari bibir Erdan, terus batang tubuh Erzan yang sedang duduk di atas motornya itu bangun dengan sepantas kilat. Anak mata Erzan memandang tajam wajah Erdan yang sudah berkerut memandangnya itu.

"Pahal?" soal Erdan sedikit kasar apabila menerima tatapan tajam dari adiknya itu. Erzan yang mendengar itu hanya diam sahaja. Tiada niat untuk membalas sebaliknya hanya bersandar pada motornya sebelum kedua belah tangannya naik memeluk tubuh.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now