𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 26

7K 1K 456
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

PAIP getah yang terdampar di atas lantai itu diambil lalu paip air dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAIP getah yang terdampar di atas lantai itu diambil lalu paip air dibuka. Arabella menghalakan paip getah itu pada susunan pasu pokok bunga yang terletak di tepi halaman rumahnya ini. Semua pokok bunga ini milik Puan Zaniah. Wanita tua itu suka sangat dengan penanaman pokok bunga. Hobi orang kata. Satu helaan nafas dihembuskan Arabella sambil tangan mula bergerak untuk memberikan setiap pokok bunga itu air.

Sebelah tangan naik mencekak pinggang. Hanya mengambil masa beberapa minit untuk menyiram pokok bunga itu sebelum kakinya berjalan kembali menuju paip air. Kepala paip dipusing sehingga air berhenti keluar. Arabella meletakkan kembali paip getah itu ditempat asalnya.

Badannya perlahan-lahan berpaling untuk masuk ke dalam rumahnya kembali. Namun, tubuhnya mengeras saat matanya dijamah dengan tubuh tegap milik seorang lelaki.

Erzan.

"Rose..." Arabella menggulingkan biji matanya ke atas saat mendengar namanya disebut oleh Erzan itu. Wajah lelaki itu tenang sahaja melihatnya. Kedua belah tangan Arabella naik memeluk tubuh. Bibirnya berdecit perlahan lalu kening sebelah dijongketkan ke atas.

"Apa?" Nada Arabella sedikit kasar kedengaran di telinga Erzan. Siap dengan pakej wajah menyampah gadis itu tayangkan. Namun, itu tidak membuatkan wajah Erzan yang tenang berubah. Dia hanya menayangkan wajah biasa sahaja. Tidak kisah dengan layanan dan nada yang digunakan Arabella itu.

Erzan berdehem ringkas lalu tangannya yang sedari tadi memegang sesuatu mula dihulurkan ke arah Arabella. Berkerut hairan Arabella dibuatnya tatkala matanya melihat beberapa helai baju ditangan Erzan itu.

Baju itu sangat familiar dimatanya.

"Ambil balik. Aku tak nak." Datar sahaja suara Erzan. Matanya jatuh sesaat untuk melihat tiga helai baju yang sudah terlipat cantik ditangannya itu. Arabella membawa pandang ke arah baju itu sambil otak cuba dikerah untuk mengingati kembali baju yang familiar dimatanya.

Erzan yang tahu akan pandangan itu laju bersuara.

"Oh, ni baju yang kau belanja aku dulu." Arabella hanya anggukkan kepala ringkas. Mata kembali naik untuk melihat wajah dingin milik Erzan. Lama dia memandang Erzan sebelum matanya jatuh untuk melihat sekilas baju itu. Bibirnya tiba-tiba menyenget sinis.

"Tak ingin saya nak amik balik. Oh kejap, banduan memang macam ni ke? Tak reti nak hargai apa yang orang bagi eh? Kalau orang bagi tu, terima je lah," ucap Arabella sambil mata bergerak memandang atas bawah tubuh tegap Erzan. Tudung sarung yang dipakainya dimainkan dengan jari telunjuknya. Bibir mengomel perlahan.

Erzan tarik nafas perlahan ketika mendengar itu.

"Ambil balik." Ucapan Arabella tadi dibiarkan. Sebaliknya, tangan semakin maju ke hadapan agar tangan Arabella naik untuk mengambil kembali baju itu. Arabella menghembuskan nafas kasar lalu kepalanya dipalingkan ke tepi sesaat. Muka malas ditayangkan. Kaki Arabella perlahan-lahan bergerak untuk mendekati Erzan.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now