𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 44

9.7K 1.1K 545
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

ARABELLA mengukir senyum manis tatkala ada seorang lelaki sedikit tua meletakkan perlahan dua buah pinggan di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARABELLA mengukir senyum manis tatkala ada seorang lelaki sedikit tua meletakkan perlahan dua buah pinggan di hadapannya. Laju pandangan Arabella terpaling ke arah pinggan itu. Satu pinggan berisi nasi lemak, lagi satu pula berisi roti canai. Tangan bergerak mengambil sudu lalu dengan cepat-cepat nasi lemak itu digaulnya sebati. Mata sempat naik memandang seorang lelaki yang sedang duduk di hadapannya.

"Awak tak nak order, Erzan? Minum air je kenyang ke?" Sambil-sambil menyuap makanan ke dalam mulut, Arabella melontarkan soalan ke arah Erzan. Bukan apa, lelaki itu hanya memesan air teh panas je. Padahal, Erzan sendiri yang ajak dia makan sarapan kat sini. Pagi-pagi dah heret dia ajak sarapan kat kedai. Dia yang ajak, dia pula yang tak makan. Erzan berdehem ringkas lalu tubuhnya dibawa bersandar ke kerusi.

"Banyak kau makan. Habis ke?" Bukannya menjawab, malah Erzan melontarkan soalan kepada Arabella. Alhasilnya, memuncung bibir Arabella ke hadapan tatkala soalannya dibalas dengan soalan oleh Erzan.

Erzan menurunkan pandangan matanya ke arah dua buah pinggan di hadapan Arabella. Firasatnya kuat mengatakan yang Arabella tak akan dapat habiskan dua jenis makanan itu. Nasi lemak tu sahaja dah cukup buat kenyang. Ni nak makan roti canai lagi.

"Mesti lah habis. Awak kata kat sini sarapan dia sedap. Mesti lah saya kena order lebih sikit. Lagipun, saya lapar tau." Laju Arabella membalas sambil sesekali tangannya bergerak menyuap nasi lemak itu ke dalam mulut. Sedap woi! Memang tak salah Erzan punya pilihan bawa dia datang makan sarapan kat kedai ni. Patut lah ramai orang. Memang sedap ya!

Erzan hanya diam memerhati kelakuan Arabella sebelum kepalanya digeleng perlahan. Sebelah tangan bergerak untuk mencapai cawan kaca yang berisi teh panas. Perlahan-lahan teh itu dicicip sebelum kembali diletakkan di atas meja.

"Erzan, cuba rasa nasi lemak ni sedap tau!" Fokus Erzan teralih ke arah Arabella tatkala mendengar suara gadis itu. Terhidang di matanya Arabella yang sedang menghalakan sudu berisi nasi lemak itu ke arahnya. Senyuman terlakar di bibir gadis itu. Erzan berkerut lalu menggeleng membuatkan Arabella terus melunturkan senyumannya.

"Tau. Aku dah biasa makan." Mendengar balasan Erzan itu, terus Arabella berdecit. Tinggal makan pun susah. Memang lah dah biasa makan sebab Erzan pernah cakap yang dia selalu singgah makan kat kedai ni. Ish, nak suap pun susah si Erzan ni. Arabella memberikan jelingan kepada Erzan namun tangannya masih tidak beralih dari menghalakan sudu itu ke arah Erzan.

"Saya nak suap awak je. Makan lah. Cepat lah. Kalau tak, saya merajuk. Tak nak cakap dengan awak sehari ni." Okay, kita main ugut-ugut pula. Mesti jalan punya. Arabella menyimpan senyum senget seraya membuat muka ke arah Erzan. Namun, lelaki itu hanya tenang menyandarkan tubuh ke kerusi sambil tangan naik menyilang di dada.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now