𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 39

8.7K 1.2K 406
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

SENYUMAN manis yang menghiasi bibir munggilnya luntur secara tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENYUMAN manis yang menghiasi bibir munggilnya luntur secara tiba-tiba. Mata terkelip-kelip memandang wajah Encik Azfam yang jelas sudah beriak tegang. Arabella mengalihkan pandangannya pula pada Puan Zaniah. Wanita tua itu mempunyai riak wajah yang berbeza dengan suaminya. Riak wajah Puan Zaniah jelas sedikit risau memandangnya.

"Papa tanya ni, dah puas ke keluar dengan banduan tu?" Tatkala soalannya tadi tidak dijawab, Encik Azfam bertindak untuk melontarkan soalan yang sama pada anak gadisnya itu. Serta-merta badan Arabella mengeras mendengar itu. Jantung bagai terhenti tatkala mendapat pandangan penuh tajam dari papanya itu.

Perlahan-lahan anak mata Arabella bergerak ke belakang. Memandang sekujur tubuh Erzan yang kini sudah membelakanginya sambil badan bersandar pada dinding di luar rumahnya. Dia tahu Erzan mendengar apa yang dikatakan Encik Azfam itu. Buktinya, dia nampak dengan matanya bahawa sebelah tangan Erzan sudah dikepal membentuk penumbuk. Wajah Arabella terus berubah melihatkan Erzan itu.

Arabella kembali membawa pandangannya ke arah Encik Azfam. Lelaki tua itu masih menyepi menunggu balasannya. Dengan segala kekuatan yang masih ada, Arabella gagahkan jua bibirnya untuk melakar senyuman tipis.

"Papa....papa cakap apa ni? Banduan? Banduan apanya?" soal Arabella sedikit tergagap sambil detak jantungnya cuba distabilkan. Kepala Arabella tiba-tiba terpaling ke arah wajah Qairina saat telinganya ditampar dengan gelakan sinis daripada gadis berambut panjang itu. Qairina menggelengkan kepala perlahan lalu belakang badannya disandarkan pada belakang sofa.

"Buat-buat tak tahu pula." Qairina berucap perlahan sambil tangannya dibawa untuk memeluk tubuh. Satu jelingan penuh tajam sempat dihadiahkan pada Arabella yang sudah berubah riak itu.

Encik Azfam memejamkan matanya rapat sebelum nafasnya dibuang kasar. Arabella menggigit bibirnya perlahan tatkala melihat urat-urat hijau yang sudah muncul di sekitar dahi papanya itu, menandakan yang lelaki itu sedang dikuasai perasaan marah.

"Papa-" Belum sempat Arabella ingin berucap, laju suara Encik Azfam memotong.

"Bell tahu kan papa paling tak suka dengan banduan? Dan sekarang ni baru papa tahu ada banduan rupanya masuk dalam keluarga ni." Senafas Encik Azfam berkata menyentakkan Arabella yang kini sudah membulatkan mata besar. Dia sedikit tidak suka dengan apa yang diucapkan papanya itu. Matanya bergetar memandang wajah tegang Encik Azfam.

"Abang, sudah." Puan Zaniah yang merasakan suasana berubah tegang itu segera menepuk perlahan peha suaminya bagai memberi isyarat untuk lelaki tua itu berhenti berkata-kata.

Namun, Encik Azfam hanya endahkan sahaja ucapan isterinya. Sepasang matanya hanya memerhati dalam wajah Arabella sebelum matanya mengerling sekilas tubuh batang Erzan yang berada di luar.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now