𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 38

9.7K 1.1K 352
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

LENGAN kekar milik Erzan dipegang erat oleh Arabella membuatkan lelaki itu melepaskan satu decitan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LENGAN kekar milik Erzan dipegang erat oleh Arabella membuatkan lelaki itu melepaskan satu decitan perlahan. Erzan mengerling sekilas wajah Arabella yang berada di sebelahnya sambil kaki bergerak mengikuti arah langkah kaki milik Arabella. Mata Erzan mula berkalih memandang ke hadapan. Menatap beberapa puluh manusia yang berjalan di hadapannya. Erzan menayangkan wajah datar sebelum dia bersuara.

"Pahal pergi sini?" Arabella laju mengalihkan kepala menghadap Erzan. Bibir munggil itu perlahan-lahan naik membentuk senyuman kecil apabila pandangannya dihiasi dengan wajah beku milik Erzan. Tidak berperasaan betul lelaki itu.

"Saya nak tunjuk awak something sebenarnya. Ish! awak ni memang tak suka eh pergi mall? Masam je muka." Memang betul sekarang mereka berdua berada di mall. Arabella pagi-pagi lagi sudah mengheret Erzan untuk pergi ke mall. Sempat lah dia beradu mulut dengan Erzan hanya kerana lelaki itu tidak mahu mengikutinya ke tempat yang tidak pernah lengkang dari orang ini.

"Rimas banyak orang." Erzan menjawab datar membuatkan Arabella hanya menggeleng kepala bersama bibir yang tersenyum kecil. Kepalanya kembali bergerak ke hadapan. Tangan tidak lepas dari memegang lengan tegap Erzan sehingga membuatkan lelaki itu melepaskan satu nafas pasrah.

"Okay, dah nak dekat dah." Arabella berkata sembari mata memandang ke arah satu kedai baju yang besar terletak beberapa jarak darinya. Erzan hanya diam tidak membalas, namun matanya sempat menyinggah di wajah Arabella yang sudah terhias dengan senyuman manis.

Sesampai sahaja di hadapan kedai baju yang dari tadi dipandang Arabella, terus sahaja gadis bertudung itu melepaskan pelukannya pada lengan Erzan. Erzan sedikit tersentak sebelum matanya naik memandang Arabella yang sudah mendepakan tangannya besar dengan wajah yang ceria. Gadis itu bagai tiada rasa malu apabila ada beberapa pasang mata memandangnya atas bawah.

"Tadaaa!!" Erzan memandang Arabella berkerut apabila mendengar jeritan kecil gadis itu. Arabella masih mendepakan tangannya besar.

"Apa?"

"Cuba teka siapa owner kedai baju ni?" Arabella memalingkan kepalanya ke belakang. Memandang sebuah kedai baju besar yang sudah dipenuhi dengan beberapa orang pelanggan.

Erzan menaikkan pandangan matanya ke arah bahagian atas kedai ini. Membaca nama kedai baju itu sebelum bersuara.

AZ's Oufit Centre

"Kau?" teka Erzan tanpa basa-basi dan serentak dengan itu, terus laju Arabella menganggukkan kepalanya. Gadis itu tersenyum lebar sebelum kakinya bergerak untuk mendekati Erzan. Lengan Erzan dipegang erat.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now