𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
PINTU keretanya ditutup rapat tatkala sepasang kaki miliknya sudah selamat melangkah keluar dari perut kereta. Kunci kereta yang berada ditangannya dibawa masuk ke dalam kocek. Arabella menaikkan sebelah tangannya ke hadapan matanya saat terasa pancaran sinar matahari menyinggah dipandangannya. Matanya dikecilkan. Kepala mula bergerak mencari bayang-bayang seseorang.
Pandangan mata dimatikan ke arah seorang lelaki tua yang sedang bercangkung di barisan tanaman sayur tomato. Arabella membuka langkah mendekati lelaki tua itu.
"Assalammualaikum, Pakcik!" sapa Arabella kuat sambil bibir melakarkan senyuman tipis. Encik Zahid yang disapa Arabella itu laju mengangkat kepalanya memandang gadis cantik jelita di hadapannya ini. Encik Zahid mengecilkan kelopak matanya bagi mengenal pasti wajah gadis di hadapannya. Maklumlah, dah tua-tua ni ingatan kadang-kadang tidak seperti waktu muda. Tambahan pula, dengan sinaran matahari yang menghalang pandangannya.
"Waalaikummusalam. Kamu ni....Rose, kan?" Pantas Arabella menganggukkan kepalanya saat mendengar soalan dari Encik Zahid itu. Lelaki tua itu mengukir senyuman tipis sebelum sayur tomato yang dipetiknya dibawa masuk ke dalam besen besar bewarna hitam. Tuala kecil yang disangkut dilehernya diambil lalu mengelap perlahan wajahnya yang berpeluh.
"Yup, saya Rose. Kawan Erzan. Hmm Pakcik, mana Erzan? Saya tak nampak dia pun." Bebola mata Arabella meliar mencari tubuh tegap lelaki itu. Langsung tiada bayang-bayang lelaki itu disekitar kawasan kebun sayur ini. Encik Zahid yang mendengar persoalan Arabella itu lantas menjawab.
"Erzan keluar kejap beli barang. Pakcik suruh dia beli besen tadi. Tak cukup besen yang ada ni. Kejap lagi dia balik lah tu." Encik Zahid berkata dengan nada lembut. Arabella menjuihkan bibirnya ke hadapan lalu kepala dianggukkan perlahan. Ala, keluar pula mamat tu! Tak apa lah.
Baru sahaja Arabella ingin bersuara, tiba-tiba telinganya ditampar dengan bunyi ekzos motor yang datang dari arah belakangnya. Serentak, kepala dia dan Encik Zahid berpaling memandang ke arah punca ekzos itu berbunyi.
"Ha, tu Erzan dah balik dah," ucap Encik Zahid sembari jari telunjuknya dihala ke arah tubuh tegap Erzan yang kini sudah mengangkat punggungnya dari seat motor miliknya. Arabella mengukir senyum lebar sebelum meminta diri pada Encik Zahid untuk pergi ke arah Erzan. Tatkala mendapat anggukkan dari Encik Zahid, laju gadis itu membuka kaki berjalan menghampiri Erzan.
Lelaki itu masih belum perasan akan kewujudan Arabella yang sudah beberapa tapak menghampirinya. Kusyuk lelaki itu membawa keluar beberapa buah besen yang diletakkan di atas bakul motornya. Tiba-tiba otak kecil Arissa berfikir sesuatu lalu langkah kakinya diperlahankan. Senyuman senget terukir dibibir Arabella sebelum Erzan yang berada dihadapannya, disergah kuat.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...