𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 49

7.5K 897 337
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

TELEFON dilekapkan ke telinganya sambil tangan naik untuk meraupkan kasar hadapan rambutnya ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON dilekapkan ke telinganya sambil tangan naik untuk meraupkan kasar hadapan rambutnya ke belakang. Erzan melepaskan satu decitan kasar tatkala panggilan telefonnya tidak dibalas oleh Erdan. Dia menjauhkan kembali telefon miliknya sebelum nombor telefon milik Erdan ditekannya entah kali ke berapa kali. Syahmi yang sedang memandu di sebelahnya kelihatan jelas mengerlingnya beberapa kali dengan pandangan yang risau.

"Angkat lah, gila," gumam Erzan perlahan sebelum matamya dipejamkan rapat. Mahu sahaja dia menghempas telefon miliknya apabila panggilannya masih tidak diangkat lagi oleh abangnya. Dia sudah risau dengan keadaan ibunya. Erdan menelefonnya tadi mengatakan bahawa Puan Ruhaidah tiba-tiba mengalami sesak nafas. Bagai mahu tercabut jantung milik Erzan apabila mendengar khabar itu. Itu kali pertama ibunya mengalami sesak nafas.

"Bangsat betul lah jantan ni." Kali ni, Erzan sudah putus asa ingin menelefon Erdan lagi. Tidak tahu lah antara telefon lelaki itu habis bateri atau memang Erdan tidak mahu angkat. Dia ingin tahu keadaan ibunya sekarang. Perjalanan dia untuk sampai ke rumahnya mengambil masa yang agak lama walaupun kini mereka sudah tiba di Melaka.

Erzan menyimpan kembali telefonnya ke dalam kocek seluarnya sebelum pandangan dilemparkan ke hadapan. Memandang jalan raya yang penuh dengan kenderaan besar dan kecil. Erzan berdecit perlahan sebelum kepalanya bergerak untuk memandang Syahmi yang sedang kusyuk memandu kereta.

"Sorry lah, tapi boleh cepat sikit tak bawa kereta?" Terus Syahmi memalingkan kepala ke sebelah. Memandang seraut wajah Erzan yang kini jelas kelihatan kusut. Nada yang digunakan lelaki itu tidak lah terdengar kurang ajar di pendengarannya. Dia faham Erzan sedang risau dengan keadaan ibunya.

"Okay-okay, aku bawa cepat sikit." Syahmi mengangguk kepala kecil sebelum menambahkan lagi kelajuan pada pemanduannya. Erzan yang melihat itu sudah memejamkan mata sesaat sebelum menghembuskan nafas kasar.

"Slow lah. Kau berhenti tepi jalan jap." Erzan bersuara menyatakan sebuah arahan membuatkan Syahmi terus membulatkan mata besar.

"Eh kau nak naik grab ke apa? Tak apa lah, aku boleh hantar kau." Fikirnya Erzan ingin naik grab apabila mendengar yang lelaki itu menyuruhnya untuk memberhentikan kereta di tepi jalan. Erzan menggeleng kepala perlahan sebelum bersuara.

"Berhenti je lah," ucap Erzan senada membuatkan Syahmi nak tak nak terpaksa mengerluarkan signal untuk bergerak ke sebelah kiri. Dia memberhentikan kereta tepat di pinggir jalan sebelum memalingkan kepala memandang Erzan. Lelaki itu tanpa suara terus membuka perlahan pintu kereta lalu menapak keluar.

Syahmi yang melihat itu hanya terkebil-kebil tatkala melihat arah kaki Erzan yang sedang melangkah mendekati pintu di sebelah pemandu. Tanpa banyak suara, terus tangan Erzan naik untuk membuka kasar pintu kereta di bahagian pemandu.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now