[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GELANG batu permata itu diusap Erzan perlahan bersama dengan pandangan mata yang kosong. Angin redup yang datang menampar wajahnya membuatkan Erzan sedikit berasa tenang. Dia kini sedang duduk di bangku kayu hadapan rumahnya. Ingin mengambil angin luar. Satu nafas dihembuskan Erzan berat sebelum gelang permata pemberian arwah ibunya itu disimpan di dalam kocek seluarnya.
Macam tidak percaya sahaja semalam merupakan kali terakhir dia bercakap, melihat dan menyentuh ibunya. Sempat dia berbisik kenapa semua orang yang dia sayang perlahan-lahan pergi darinya. Mula dari abahnya dan kini ibunya. Tapi walaubagaimanapun, Erzan berasa sedikit tenang dan lega kerana akhirnya ibunya itu memaafkan dia. Dah lama dia tunggu kata-kata itu. Akhirnya, dia dengar juga namun sayang itu kali terakhir ibunya berkata penuh lembut dan menyesal kepadanya.
Selepas ini, tiada lagi. Yang kini tinggal hanya dia dan Erdan.
Lamunan Erzan tersentak tatkala ekor matanya menangkap kelibat tubuh batang Syahmi yang sedang melangkah keluar dari rumahnya. Kelihatan wajah itu dihiasi sebuah senyuman tipis sebelum Syahmi melabuhkan duduk di sebelahnya.
"Erzan, thanks tumpangkan aku satu malam kat rumah kau ni." Tangan Syahmi naik untuk menepuk perlahan bahu kiri Erzan. Dia berterima kasih pada lelaki itu kerana sudi untuk menumpangkan dia tidur satu malam di sini. Erzan yang mendengar itu hanya menganggukkan kepala ringkas.
"No hal lagipun kau ada tolong pengebumian arwah ibu aku semalam. Anggap aku balas budi kau balik," balas Erzan senada sambil mata melirik wajah Syahmi sekilas. Dia tidak berat hati pun ingin membenarkan Syahmi tidur di sini memandangkan dia pun malas ingin duduk berdua di rumah ini dengan Erdan. Lelaki itu akan sentiasa mencari peluang untuk memulakan perdebatan mulut dengannya. Sekurang-kurangnya kalau ada Syahmi, Erdan akan berasa terganggu untuk mencari gaduh dengannya.
Suasana di antara Erzan dan Syahmi menjadi sunyi memandangkan Erzan memilih untuk menyandarkan badannya pada dinding. Lelaki itu mula menutup kelopak mata rapat sambil menghayati setiap tamparan angin di wajahnya. Syahmi yang melihat itu cuba untuk mencari topik agar suasana di antara dia dan Erzan tidak terlampau janggal. Dia tahu Erzan bukannya ingin tidur sebaliknya hanya merehatkan diri.
Syahmi memalingkan kepala menghadap Erzan yang masih lagi menutup kelopak matanya itu.
"Erzan, aku nak tanya kau sikit boleh?" soal Syahmi perlahan membuatkan Erzan yang mendengar itu berdehem ringkas.
"Apa?"
"Kau....pernah masuk penjara?" Mendengarkan persoalan dari Syahmi itu, terus Erzan membuka kelopak matanya. Dia melirik sekilas wajah Syahmi yang kelihatan sungguh tertanya-tanya itu. Erzan hanya memasang riak wajah datar sebelum bersuara.