𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
PINTU keretanya ditutup rapat tatkala sebelah kakinya sudah selamat melangkah keluar dari perut kereta. Arabella memperkemaskan sedikit baju blouse yang dipakainya lalu pantulan wajahnya yang terpantul di cermin gelap keretanya dipandang. Tudung shawl yang dikenakannya dibetulkan agar lebih kemas dan cantik. Nafas dihembuskan perlahan sembari bibir munggil itu melakarkan senyuman kecil. Puas dengan penampilan diri sendiri.
Gadis itu mula memalingkan badan ke arah sebuah kedai makan yang terletak di hadapannya. Nasib memang menyebelahinya apabila ada satu parking kosong di hadapan kedai itu. Itu pun nasib baik Arabella dengan sabarnya berperang menunggu si empunya kereya sebelumnya untuk keluar dari kawasan parking itu. Kalau tidak, memang terpaksa lah dia parking jauh. Patah lah kaki nak jalan pergi kedai makan ini.
Sepasang kaki itu berjalan perlahan untuk masuk ke bahagian dalam kedai makan itu. Orang masih belum ramai memandangkan kedai makan ini baru sahaja dibuka. Kedai makan ini buka pada pukul lima setengah petang. Sempat mata Arabella singgah di papan putih kecil hadapan kedai makan ini.
"Arabella!" Fokusnya terganggu saat telinga ditampar dengan satu jeritan yang memanggil namanya itu. Laju kepala tertoleh ke arah kanan kedai makan ini sebelum bibirnya tersenyum lebar. Arah kaki dibawa mendekati meja yang dihuni oleh seorang gadis jelita bertudung itu. Arabella terus menarik kerusi di hadapan gadis itu sebelum punggung didaratkan.
"Sorry, saya lambat sikit. Tadi cari parking macam nak gila. Susah betul ek nak cari parking kat kawasan sini?" ucap Arabella sedikit merungut membuatkan Zahirah yang duduk di hadapannya tertawa perlahan. Wajah memasam Arabella dipandang sebelum gadis itu bersuara.
"Memang susah sikit nak cari parking kat sini. Maklumlah, banyak kedai yang best-best kat sini. Tu yang memang tak henti orang datang. Parking pun hmm kena berperang dengan sabar, baru dapat park." Zahirah berucap sebelum beg tangannya yang berada dipeha diletakkan di atas hujung meja. Arabella hanya anggukkan kepala mendengar ucapan Zahirah itu. Gadis itu hembuskan nafas perlahan lalu duduknya dibetulkan.
"Maaf lah kalau saya susahkan awak ajak jumpa saya. Sampai susah nak cari parking. Sorry tau?"
"Eh, tak apa lah! Lagipun saya bosan tak tau nak jalan mana dulu kat Melaka ni. Nasib awak mesej ajak jumpa. Boleh lah hilangkan sikit bosan saya," balas Arabella dengan nada perlahan lalu kedua belah tangannya direhatkan di atas meja. Zahirah yang mendengar itu hanya anggukkan kepala kecil sambil tersenyum. Gadis itu diam beberapa saat sebelum membuka bicara.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...