[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PINTU almari ditolak perlahan ke tepi. Sepasang mata milik Arabella memerhati lama beberapa helai bajunya yang elok tergantung di penyangkut baju itu. Tangan lambat-lambat mula gerak untuk mengambil beberapa helai baju sebelum dia berpaling ke belakang. Pintu almari sempat ditutupnya. Arabella bernyanyi dengan penuh senang hati sebagaimana hatinya dilanda rasa senang dan gembira ini. Luggage yang sudah terdampar di atas katil didekati lalu dibuka. Penyangkut baju yang menyangkut bajunya dirungkaikan. Baju miliknya dilipat penuh kemas sebelum disusun di dalam luggage itu.
"Ish, tak sabarnya nak balik Johor!" Dia sudah bertekad yang travel dia ke Melaka ini tidak sampai tiga minggu. Arabella sudah fikir masak-masak yang dia akan segera pulang ke negeri asalnya lusa nanti. Hati kecil dia sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan buah hati dia yang bernama Syahmi itu. Tambahan pula, tempoh hari yang lalu, lelaki itu telah memberikan kejutan padanya bahawa dia telah masuk meminangnya. Lagi bertambah gembira hati Arabella mendengar itu.
Sukar untuk percaya yang selama ni doa dia yang selalu berhajat untuk bersama lelaki itu akhirnya termakbul. Bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
Arabella menyimpan senyum di bibir lalu luggage miliknya kembali ditutup rapat. Dia hanya sisakan beberapa helai baju sahaja di dalam almari untuk dipakai dalam tiga hari ini. Cukup lah tu.
TING!
Bunyi bising yang datang dari arah telefonnya yang berada di meja solek membuatkan fokus Arabella terganggu. Gadis itu segera membawa kepala memandang ke arah telefonnya sebelum kakinya dihayun untuk menghampiri meja solek itu. Mata turun memandang skrin telefonnya yang menyala terang itu. Ada satu mesej dari seseorang.
"Eh, jarang-jarang Erzan nak chat aku dulu. Ngigau ke mamat ni?" Sedikit hairan dia apabila nama Erzan terpapar sebagai orang yang menghantar mesej itu. Rasanya, ini pertama kali Erzan menghantar mesej kepadanya. Selalu dia sahaja yang hantar mesej dahulu. Bersama dahi yang berkerut, laju Arabella mencapai telefonnya sebelum jarinya dibawa untuk menekan mesej Erzan yang tepapar di lock screennya itu. Terus dia dibawa terus ke dalam kontak nama Erzan aplikasi whatssap.
Ada dua mesej yang dihantar oleh Erzan. Arabella membaca fokus setiap ayat yang tertera di skrin telefonnya itu.
Erzan - Aku kat bawah hotel kau. - Turun kejap, Rose.
Terus membulat mata Arabella apabila selesai membaca mesej yang dikirim Erzan itu. Laju dia membawa pandang ke arah balkoni bilik hotel miliknya sebelum kaki berlari kecil mendekati balkoni itu. Nasib dia menempah bilik hotel yang balkoninya boleh melihat pemandangan di hadapan hotel ini yang menghadap jalan raya. Hampir-hampir sahaja dia menempah bilik yang pemandangannya menghadap pokok-pokok hijau.