𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

20.5K 1.2K 128
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

KELOPAK matanya dipejamkan rapat untuk beberapa saat sebelum dibuka kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK matanya dipejamkan rapat untuk beberapa saat sebelum dibuka kembali. Jeritan kuat yang datang dari seorang wanita tua di belakangnya diabaikan bersama dengan langkah kaki yang laju dihala ke arah pintu bilik miliknya. Sesekali matanya menjeling ke arah seorang lelaki yang sedang santai duduk di atas satu sofa kecil sambil memandang sinis ke arahnya. Ditangan lelaki itu terdapat sepeket kacang.

"Erzan! Dengar tak apa aku cakap ni?! Duit mana duit? Kau kata kau kerja busking bodoh tu! Mana duitnya? Bagi lah kat aku sikit. Aku ni mak kau kan!" Akhirnya, langkah kakinya dihentikan sebelum nafasnya dihela tenang. Perlahan-lahan badan dipusing ke belakang menghadap tubuh tua wanita yang bergelar ibu kandungnya itu. Wanita tua itu sedang menjongket kening memandangnya sebelum bercekak pinggang.

"Busking bukan pekerjaan." Itu yang dibalas Erzan. Lelaki itu hanya menayangkan raut wajah yang tenang. Berbeza pula dengan ibu kandungnya yang berdiri di hadapannya. Wanita tua itu menyenget sebelum menapak mendekati anak bongsunya itu. Kepala didongakkan sikit tatkala perasan bahawa tingginya dan tinggi anaknya itu berbeza.

"Aku tak nak tau pun. Yang aku tau, aku nak duit. Mana duit? Kau tau tak? Mak cik Zainab dengan Mak Cik Asnah tu dah ada gelang emas hasil dari anak dia beli dari luar negara. Aku pun nak juga. Nak tunggu kau belikan untuk aku, memang kiamat pun belum tentu kau beli. Jadinya, aku nak duit. Biar aku beli sendiri." Panjang lebar ibu kandungnya itu bercakap sambil sesekali jari telunjuknya naik untuk menolak kuat dada bidang anaknya itu. Erzan memejamkan matanya sesaat bagi menahan rasa.

Begini lah rutinnya hari-hari. Kalau tidak diherdik atau ditengking ibunya, memang tidak lengkap harinya.

"Eh, kau dengar tak apa aku membebel ni? Eh, penatlah ada anak pekak macam ni." Erzan kembali membuka kelopak matanya sebelum pandangannya terpaku pada insan yang melahirkannya ini. Dia ukir senyum tipis sebelum membuka suara.

"Bersyukur dengan apa yang kita ada, ibu. Biarlah Mak Cik tu semua nak ada gelang emas. Kita hidup bukan nak bermegah-megah." Tenang sahaja nada yang digunakan Erzan ketika mengutarakan ucapan itu. Mendengarkan itu, terus wanita tua dihadapannya itu mendengus sebelum menolak kuat dada bidang Erzan sehingga lelaki itu terundur beberapa tapak secara drastik ke belakang. Erzan hanya diam tatkala terima tindakan itu.

"Kau tak payah nak ajar aku itu ini! Eh, aku benci betul lah dengan kau ni! Menyesal lah aku mengandungkan kau! Kalau aku tau, memang aku bunuh kau masa kau bayi lagi!"

Arabella Zayder Where stories live. Discover now