𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 9

7.4K 805 80
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

ARABELLA mengukir senyum paling lebar sambil kedua belah tangan bergerak untuk menepuk-nepuk kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARABELLA mengukir senyum paling lebar sambil kedua belah tangan bergerak untuk menepuk-nepuk kuat. Mata memandang penuh kagum Jay yang baru sahaja selesai menyanyikan lagu yang bertajuk 'Cinta Pantai Merdeka' itu. Lelaki itu kelihatan memberikan beberapa buah ucapan sebelum menundukkan kepala diiringi dengan bunyi tepukan tangan. Lelaki itu melambai sekejap sebelum berundur beberapa tapak ke belakang. Arabella yang melihat itu masih tersenyum lebar.

Dia kini berada di kedai makan yang berada di Lorong Sungai Melaka. Kedai makan sama yang dia kunjung tempoh hari yang lalu. Datang ke sini hanya ingin menyaksikan band yang diwakili oleh empat orang lelaki itu. Ceh, padahal datang sebab nak tengok Erzan je. Arabella hanya gelengkan kepala saat ingat akan niatnya yang difikir gatal itu. Adoi, Bell Bell.

Arabella melirik sekilas pada jam tangan yang dipakainya. Jarum panjang berhenti tepat pada angka sepuluh manakala jarum pendek berhenti di angka sembilan. Lagi beberapa minit pukul sebelas akan menjelang. Arabella menghembuskan nafas panjang sebelum menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi. Makanan yang sudah habis dilahapnya dipandang dengan penuh rasa kenyang. Sedap melantak sambil layan orang busking.

Kedua belah tangan, Arabella angkat sebelum tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan gaya orang ingin meregangkan tubuh. Meletup-letup bunyi sendi otot milik Arabella. Mana taknya, duduk dekat kerusi nak dekat dua jam. Memang sedaplah buat regangan. Lega orang kata. Arabella membawa pandangannya pada wajah Erzan. Lelaki itu kelihatan sedang kusyuk mengemas barangan musik yang digunakannya. Sisi wajah lelaki itu Arabella tenung dengan bibir yang memuncung sedikit ke hadapan.

Entah kenapa, Arabella rasa ada sesuatu pada Erzan yang seperti dekat dengannya. Macam dia pernah bersuara muka dengan Erzan. Tapi, kat mana ye? Macam tak logik pun ada juga. Dia baru sahaja bertemu dengan Erzan. Tak akan lah dia pernah jumpa Erzan sebelum ni.

Arabella jongket kedua bahu bagai malas ingin fikir.

"Kita makan dulu aa baru balik. Aku lapar ni. Dari tadi tahan." Arabella membawa anak mata memandang wajah Jay saat telinga sayup-sayup mendengar suara garau lelaki itu. Lelaki itu kini sedang memandang tiga rakannya yang kelihatan menganggukkan kepala. Melihatkan itu, terus Arabella tersenyum sebelum membuka mulut.

"Guys! Korang nak makan eh? Sini lah, biar saya belanja. Come!" Serentak, empat kepala itu menoleh memandang Arabella saat mendengar jeritan kuat gadis itu. Arabella menggerakkan tangannya menyuruh empat lelaki itu datang kepadanya.

"Come on lah! Korang order je biar saya yang bayar!" Jay menolehkan kepalanya memandang Raizan, Emir dan Erzan sebelum menggerakkan kepala menunjuk ke arah Arabella yang masih setia memandang ke arahnya. Raizan dan Emir yang faham itu terus menganggukkan kepala. Erzan pula hanya diam sambil mata sekejap-sekejap memandang ke Arabella. Rasa mahu pecut balik sekarang juga bila dengar perkataan 'belanja' dari Arabella itu.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now