𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
TEPAT sahaja kaki Arabella mendarat di sebuah kawasan taman permainan itu, terus tercungap-cungap dia mencari nafas. Habis semua tenaga perempuannya diperah untuk berlari sejauh ini. Tangan Arabella naik untuk mengelap dahinya yang dijangka sudah basah dipenuhi dengan manik peluh. Manakan tidak, boleh tahan jauh juga dia berlari sehingga nafasnya bagai mahu berhenti.
"Ya Allah, penatnya..." gumam Arabella termengah-mengah sambil tangannya direhatkan di kepala lutut. Badan sedikit dibongkokkan ekoran tenaganya sudah hilang.
Tiba-tiba, ada sebuah sapu tangan yang datang dari arah belakangnya membuatkan Arabelka sedikit tersentak sebelum badannya ditegakkan. Perlahan-lahan kepala Arabella bergerak memandang si pemberi sapu tangan itu. Erzan dengan wajah datar menghulurkan sapu tangan itu tanpa sebarang suara. Hanya menggunakan kening cantiknya sebagai isyarat.
"Apa?" soal Arabella sedikit bengap. Erzan yang mendengar itu hanya menghembuskan satu nafas berat.
"Agak-agak sapu tangan ni fungsi dia untuk apa?" Erzan dengan ucapan sinisnya memang tidak dapat dipisahkan.
Tanpa membalas, laju Arabella mengambil kasar sapu tangan itu sebelum kawasan dahinya yang sudah berpeluh hebat itu dikesat perlahan. Mata Arabella mula bergerak memandang Erzan saat perasan lelaki itu sudah melabuhkan duduk di salah satu bangku yang berada di kawasan permainan ini.
Oh ya, ini taman permainan dimana Arabella berjumpa dengan Erzan untuk memberikan duit bagi membayar hutang abangnya.
Tak sangka pula dia dan Erzan akan berakhir di tempat dimana terakhir kali mereka berjumpa.
Arabella mengelap kasar dahinya untuk kali yang terakhir sebelum dia membuka langkah untuk mendekati bangku yang menjadi singgahan punggung Erzan itu. Dari belakang tubuh Erzan, Arabella dapat lihat dengan jelas ditangan Erzan terdapat sebuah pisau lipat yang digunakan Erzan untuk mengancam lelaki tadi.
Entah sejak bila pisau itu dikeluarkan kembali oleh Erzan pun dia tidak tahu.
Pisau lipat itu dimain-mainkan oleh Erzan dengan mengeluarkan dan menyimpan pisau itu berkali-kali. Arabella yang melihat itu sudah bergeridik ngeri. Pertama kali dia melihat Erzan memegang alat berbahaya itu bahkan memainkannya bagai itu sesuatu alat permainan.
Dengan keberanian yang Arabella ada, perlahan-lahan Arabella melabuhkan punggungnya di sebelah Erzan. Ada beberapa jarak tercipta di antaranya dan Erzan memandanhkan bangku ini sedikit panjang dan boleh dimuatkan dalam tiga atau empat orang untuk duduk.
Suasana berubah hening di antara mereka berdua. Hanya sahaja ada sedikit suara dari budak-budak remaja yang kebetulan sedang memainkan boleh sepak di dalam sebuah gelanggang. Tidak lah hanya sunyi sahaja yang menemani mereka berdua.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Любовные романы[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...