𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
ERZAN maju mencapai satu paip getah sebelum kepala paip dipusingkannya. Air yang laju keluar dari penghujung getah paip itu cepat-cepat dihala ke arah simen lantai yang kini dihiasi dengan buih-buih sabun. Dia baru sahaja selesai mencuci sebuah kereta milik pelanggan di kedai car wash ini. Rutinnya. Sesekali paip getah itu dihala ke kanan dan kiri bagi memastikan buih sabun yang melekat di lantai itu bergerak masuk ke dalam longkang kecil yang berada di hadapannya.
Kepala Erzan terangkat menghadap ke hadapan saat terasa seperti ada seseorang sedang melangkah ke arahnya. Kepalanya terangkat pun sebab telinga tiba-tiba dihentam dengan bunyi hentakan kuat kasut seseorang. Tepat tekaannya saat wajah jelita milik gadis yang dikenalinya menghiasi kornea matanya. Erzan jongketkan keningnya ke atas sebelum hela nafas perlahan.
"Hye!" Tepat kaki berdiri beberapa kaki dari Erzan, terus gadis jelita itu menyapanya sembari bibir melakar senyuman lebar. Sebelah tangan diangkat melambai sekilas ke arah Erzan yang kini hanya memandangnya tanpa perasaan.
"Bye." Ringkas sahaja balasan dari Erzan membuatkan bibir Arabella yang pada mulanya melakar senyuman lebar kini memuncung seperti itik. Gadis itu berdecit perlahan tatkala melihat Erzan seakan malas ingin melayannya. Arabella gulingkan mata sekilas ke atas lalu membawa langkah menghampiri satu meja bersegi empat tepat yang terletak betul-betul di belakang Erzan.
Mungkin meja untuk pekerja di kedai car wash ini duduk makan. Kalau dah habis kerja boleh duduk kejap minum air ke makan ke.
Plastik yang sedari tadi dipegang Arabella kini perlahan-lahan diletakkan di atas meja itu. Di dalam plastik itu, terdapat enam kotak polistren yang berisi mee goreng kasar bersama dengan satu telur mata. Sebelum kaki ingin menyinggah di tempat Erzan bekerja, Arabella berniat ingin membeli makanan kerana tahu Erzan pasti belum menjamu selera. Ceh, yakin.
Dia beli enam bungkus dengan niat ingin sedekah kepada pekerja lain yang berada di car wash ini.
"Erzan, saya ada beli mee goreng untuk awak. Jom lah makan sama-sama," ajak Arabella dengan nada lembut sebelum kepala bergerak untuk menoleh memandang Erzan yang masih kusyuk membersihkan lantai simen itu. Lelaki itu mengerling sekilas wajah Arabella. Ajakan Arabella diendahkan.
Melihatkan itu, terus memuncung panjang bibir munggil Arabella. Buat tidak tahu sahaja Erzan dengan pelawaannya.
"Hello, dengar tak ni? Jom lah makan sama-sama." Sekali dengan pakej petik jari Arabella berikan. Ingin menyedarkan Erzan dengan ucapannya. Namun, lelaki itu masih tidak mahu membuka suara. Malah, memandangnya pun tidak. Memincing kecil kelopak mata Arabella.
Ooo, kau...
"Hoi, Zayton!" Kepala Erzan laju bergerak menghadap wajah selamba badak Arabella saat mendengar jeritan Arabella itu. Gadis itu hanya tayang senyum tak bersalah saat menerima tatapan tajam dari Erzan itu.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...