𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
PUNGGUNGNYA diangkat dari motornya lalu helmet yang dipakainya dibuka. Jam ditangan dilirik sekilas. Sudah pukul enam petang. Boleh tahan lama juga dia bawa motor dari Johor ke Melaka. Nasib dia bawar motor, bolehlah masuk celah-celah kereta orang. Kalau kereta, memang malam lah dia baru tiba di depan rumahnya ini. Erzan mengambil nafas perlahan sebelum dihembus. Kakinya mula melangkah menuju ke arah pintu rumahnya itu. Tertutup rapat sahaja pintu itu.
Erzan menaikkan sebelah tangannya lalu tombol dipegang. Perlahan-lahan tombol itu ditolaknya ke dalam. Tidak berkunci. Memang rumahnya jarang berkunci kalau waktu petang. Dah nak dekat maghrib, baru dikunci rapat.
"Assalammualaikum..." Erzan memberi salam sambil sebelah kaki menapak masuk ke dalam rumah itu. Keningnya sedikit berkerut tatkala matanya dihiasi dengan kekosongan di ruang tamu rumahnya ini. Selalunya, pada waktu macam ni, Erdan lah yang paling duduk penuh santai atas sofa itu. Ini tiada sesiapa pula. Mungkin lelaki itu sedang tidur di dalam bilik.
Erzan meletakkan helmetnya di atas meja kecil yang terletak bersebelah dengan pintu. Matanya mula meliar ke sekeliling ruangan ruang tamu ini yang sunyi bagaikan tiada orang. Terbit satu perasaan hairan di hati Erzan. Dia mula mengorak langkah untuk menuju ke arah dapur. Barangkali, Puan Ruhaidah sedang berada di dapur kerana kebiasannya wanita tua itu akan membuat makanan untuk dijadikan sebagai hidangan petang.
Namun, bertambah berkerut Erzan dibuatnya tatkala dapur itu hanya kosong tiada orang. Semua susun atur dapur itu kemas sahaja. Erzan melepaskan beg galas yang dipakainya kemudian diletakkan di atas meja makan di dapur ini. Matanya mula bergerak ke arah pintu bilik air. Telinga langsung tidak disapa dengan bunyi air pancuran yang menandakan ada orang di dalam.
Kawasan dapur dan bilik sunyi tiada orang.
"Abah? Ibu?" panggil Erzan perlahan lalu badannya mula berbalik untuk berjalan menghampiri pintu bilik milik kedua ibu bapanya itu. Perlahan-lahan tombol pintu itu ditolak Erzan ke dalam. Dalam hati sudah mengharapkan kedua ibu bapanya itu berada di dalam. Mungkin ingin merehatkan diri. Tapi semuanya sama seperti tadi.
Kosong.
Sunyi sahaja rumahnya itu.
"Pergi mana diorang ni?" Pintu kembali ditutup rapat lalu kaki Erzan melangkah pula ke arah pintu bilik milik abangnya, Erdan. Terus pintu itu dibuka kasar ke dalam. Erzan berdecit sesaat lalu pintu itu kembali ditutup rapat.
Sama sahaja.
Kosong.
Entah kenapa, tiba-tiba ada satu perasaan risau terbit di tangkal hati Erzan. Dia mula menghayunkan kaki untuk melangkah ke arah pintu rumahnya ini. Rambutnya disebakkan ke belakang lalu sebelah tangannya naik menyandar di tepi pintu utama ini. Mata bergerak memandang pemandangan di luar rumah ini. Otak ligat berfikir kemana keluarganya pergi.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...