𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 52

6.8K 882 227
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

SEBUAH mangkuk berisi ayam masak lemak diletakkan perlahan di atas island table

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBUAH mangkuk berisi ayam masak lemak diletakkan perlahan di atas island table. Puan Zaniah menghembuskan nafas puas tatkala hidangan untuk makan malam sudah siap dihidangkan di atas meja. Sebuah pinggan sederhana yang tiba-tiba terletak di sebelah mangkuk itu membuatkan Puan Zaniah menolehkan kepala ke sebelah. Wajah milik Erzan menghiasi pandangan matanya.

"Haish Erzan, susah-susah je tolong mama masak semua ni. Terima kasih ya?" Satu senyuman diukir Puan Zaniah sebaik sahaja mengucapkan itu. Erzan terus pandang wajah ibu mertuanya sebelum dia tersenyum kecil, kepala digeleng perlahan.

"Saya cuma goreng telur dadar je. Tak lah susah mana," balas Erzan perlahan mendapatkan sengihan kecil dari Puan Zaniah. Dalam hatinya, dia memuji kebaikan Erzan. Baik sungguh menantunya itu membantunya menyediakan lauk untuk makan malam. Dia tidak pinta melainkan Erzan sendiri yang sukarela ingin membantunya.

Erzan ni seorang menantu yang baik dimatanya tapi kenapa suaminya itu sungguh membenci Erzan? Benci sebab Erzan ni pernah masuk penjara? Itu bukan sebab yang kukuh untuk membenci seseorang. Lagipun, dia tahu Erzan sudah berubah.

"Erzan nak siapkan makanan untuk Rose kejap," ucap Erzan mendapat anggukkan kepala dari Puan Zaniah. Arabella memang makan di dalam biliknya memandangkan gadis itu tidak boleh banyak bergerak. Wanita tua itu hanya tersenyum kecil melihat kelakuan Erzan yang sedang mengambil sebuah pinggan kaca itu. Dia melirik sekilas Erzan sebelum dia melabuhkan duduk di atas kerusi island table.

Erzan menyedok beberapa senduk nasi ke dalam pinggan kaca yang akan dibawanya ke dalam bilik Arabella. Namun, pergerakkan tangannya terhenti tatkala telinga mendengar suara Encik Azfam yang sedang bercakap dari kejauhan itu. Tidak sampai beberapa saat, muncul lah sesusuk tubuh bapa mentuanya itu di balik dinding dapur.

Bukan itu yang menjadi fokus mata Erzan melainkan tubuh kecil Arabella yang berada di belakang Encik Azfam. Dia sedikit berkerut halus apabila melihat Arabella itu. Gadis itu sepatutnya berada di dalam biliknya. Tidak perlu susah-susah turun tangga untuk makan di dapur.

"Eh Bell, kenapa turun? Duduk je lah dekat dalam bilik. Erzan baru je nak hantar kamu makanan." Puan Zaniah yang turut perasan akan kehadiran Arabella itu pantas bersuara sambil muka beriak risau. Dia risau kalau-kalau Arabella sukar ingin berjalan dek sakit kepalanya. Takut terhuyung-hayang anak perempuannya itu berjalan.

"Biar lah Bell nak turun makan kat dapur. Duduk bilik je sentiasa kan boring. Sini Bell, duduk sebelah papa." Tiba-tiba Encik Azfam bersuara sebelum dia melemparkan pandangan pada Arabella yang berada di belakang tubuhnya. Senyum manis diukir kepada anak perempuannya tu sebelum sebuah kerusi ditarik untuk mempersilakan Arabella duduk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arabella Zayder Where stories live. Discover now