𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 3

9.5K 807 44
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

TANGAN naik untuk memulas tombol pintu rumah papan miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN naik untuk memulas tombol pintu rumah papan miliknya. Ditolaknya perlahan-lahan ke dalam dengan niat tidak ingin mengejutkan penghuni rumah ini yang berkemungkinan sudah lena dijemput mimpi. Erzan meliarkan bebola matanya ke sekeliling kawasan ruang tamunya. Hanya gelap yang menghiasi kornea matanya. Memang patut lampu rumahnya sudah tertutup. Jam masa kini sudah tepat berhenti pada angka dua belas tengah malam. Waktu yang memang semua orang sudah berbaring di atas katil.

Erzan melepaskan nafas perlahan. Kaki melangkah perlahan-lahan untuk menapak masuk ke dalam rumah papan miliknya ini. Tubuh dipalingkan sedikit ke belakang untuk mematiskan pintu yang ditutupnya tidak menghasilkan sebarang bunyi. Tangan kanannya erat memegang sebuah plastik berisikan lima peket kacang yang dipinta Erdan itu. Di sebelah bahunya, tersangkut sebuah beg galas kecil bewarna hitam.

Baru sahaja kakinya ingin menapak menuju ke arah muka pintu biliknya, tiba-tiba suasana di ruang tamu ini yang pada mulanya gelap beransur terang-benderang. Kini, Erzan dapat melihat dengan jelas susun atur perabut di ruang tamu itu. Mata sedikit dipincingkan tatkala matanya dilimpahi dengan cahaya lampu itu.

"Asal tak balik tahun depan je, sial?" Suara garau yang tiba-tiba bergema di segenap ruang tamu itu membuatkan Erzan laju mengalihkan kepalanya pada satu susuk tubuh yang tegak berdiri di hadapan suis lampu. Erdan menjongketkan keningnya ke atas saat matanya berlaga dengan mata coklat pekat milik adiknya. Melihatkan susuk tubuh itu, sudah Erzan tahu bahawa Erdan lah yang menghidupkan lampu di ruang tamu ini.

"Aku lapar. Mana kacang aku?" Tidak menunggu balasan dari Erzan terus sahaja Erdan membawa langkah menghampiri Erzan. Tangan dihulurkan tepat di dada adiknya. Erzan yang mendengar itu lekas-lekas mengalihkan fokusnya pada sebuah plastik yang berisi beberapa peket kacang. Belum sempat ingin menghulurkan pada Erdan, laju plastik itu dirampas kasar oleh abangnya.

"Abah dengan ibu dah tidur?" Soal Erzan sebaik sahaja melihat Erdan yang sudah membuang pandang pada plastik itu. Terus Erdan mengangkat kepalanya. Memandang Erzan dengan kening berkerut.

"Bodohnya soalan. Mestilah dah tidur. Kau nampak kan tadi lampu dah tutup. Maksudnya, abah dengan ibu dah tidur lah, sial." Kasar bicara milik Erdan. Wajahnya jelas berang dengan soalan Erzan yang dianggap soalan bodoh itu. Erzan hanya memandang wajah abangnya dengan muka yang tenang. Nafas dihela sebelum mata dipejamkan. Lalu dibuka.

"Kau memang tak boleh nak cakap elok-elok ke? Aku tanya elok, jawab elok lah." Sedikit berang Erzan dibuatnya. Bukan apa, dia cuma kurang suka apabila Erdan berkata begitu kepadanya. Setahunya, dulu Erdan bukan kaki mencarut. Tutur kata lelaki itu boleh dikategorikan tutur yang cara sopan walaupun sedikit kasar. Tapi, semua berubah.

Semua berubah sejak hari itu.

"Kau sapa nak ajar aku? Mulut aku. Suka hati aku lah nak cakap elok ke tak elok. Kau sapa?" Mata mencerlung tajam ke arah wajah tenang milik Erzan itu. Kening dijongketkan sebaik sahaja ucapan terakhirnya dilontarkan.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now