𝕬𝖗𝖆𝖇𝖊𝖑𝖑𝖆 𝖅𝖆𝖞𝖉𝖊𝖗 35

8.2K 1.1K 373
                                    

𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮

SEMUA perhatian kini diberikan sepenuhnya ke arah lelaki yang sedang berdiri tepat di pintu masuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMUA perhatian kini diberikan sepenuhnya ke arah lelaki yang sedang berdiri tepat di pintu masuk itu. Suasana menjadi sunyi seketika sebelum Erzan memberanikan diri untuk mengambil langkah masuk ke dalam masjid ini. Arabella sedari tadi hanya mematikan pandangannya ke arah Erzan yang langsung tidak mengerlingnya walaupun sesaat. Lelaki itu kelihatan berjalan mendekati beberapa orang lelaki dewasa sebelum tangan dihulur untuk bersalam.

"Eh Erzan, pak cik tak tau pula kamu datang. Bell ada jemput kamu ya?" Encik Azfam yang masih bersalam tangan dengan Syahmi terus mengukir senyum tipis tatkala melihat wajah Erzan itu. Mendengarkan suara itu, laju Erzan menolehkan kepalanya ke arah lelaki tua itu. Perlahan-lahan tangan berkedut Encik Azfam disalam lembut sebelum pandangan mata Erzan berkalih ke arah Syahmi yang turut memandang ke arahnya.

Syahmi menghulurkan senyuman tipis sebelum tangannya bergerak untuk menyambut huluran tangan Erzan tatkala lelaki itu menghulurkan tangan ke arahnya. Wajah Erzan hanya beriak biasa sebelum kepala dijatuh perlahan tanda sapaan.

Erzan mula melangkah ke arah belakang beberapa orang lelaki dewasa. Badannya mula dijatuhkan untuk berlabuh di atas karpet ini. Semua mata masih tertumpu ke arah Erzan bagaikan tertanya-tanya siapa lelaki itu. Mungkin kerana orang yang dijemputnya ke majlis nikah ini hanya sedara-mara dan jiran tetangga.

Encik Azfam mengerling sekilas Erzan yang sudah tenang duduk itu sebelum kepalanya meliar ke seluruh arah. Gilir-gilir matanya memandang tetamu yang dijemputnya ke majlis nikah ini.

"Baik lah, kita mulakan lagi sekali ya?" Semua mengangguk perlahan mendengar ucapan Encik Azfam itu. Ada yang sudah memberikan senyum namun berbeza dengan Arabella dan Qairina. Arabella dengan wajah yang sedikit muram manakala Qairina sedikit berkerut tidak suka tatkala melihat tangan Syahmi sudah kembali menyalam tangan Encik Azfam.

Qairina menolehkan matanya ke arah Arabella yang sedang duduk tepat di hadapannya. Dia mengesot sedikit untuk mendekati belakang badan Arabella. Pergerakkannya itu telah menganggu Zahirah yang sedang memegang tangan Arabella. Gadis bertudung itu segera memalingkan kepala ke belakang. Memandang wajah Qairina dengan pandangan tertanya-tanya tatkala melihat gadis itu perlahan-lahan mendekatkan wajah ke arah telinga Arabella.

"Batalkan, Arabella." Terus perkataan itu dibisikkan perlahan tepat di telinga kanan Arabella. Gadis itu tersentak tatkala perasan akan kehadiran Qairina di belakangnya. Zahirah pula sudah berkerut hebat. Dia dengar apa yang dibisikkan Qairina.

Batalkan?

Batalkan apa?

Arabella menggerakkan bebola matanya untuk mengerling Qairina yang masih lagi memposisikan kepala ke arah telinganya. Telinganya mendengar dengan jelas nafas kasar Qairina menandakan gadis itu memang mahu dia wujudkan permintaan itu.

Arabella Zayder Where stories live. Discover now