[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KUBURyang sudah ditabur dengan bunga itu dipandang dengan sepasang mata yang memancarkan perasaan sedih bersulam sayu. Pandangan mata Erzan jelas terlihat kosong seperti hatinya ketika ini. Sehabis baik dia cuba menyedarkan dirinya bahawa ini semua ialah realiti dan bukannya mimpi seperti yang diharapkannya. Abahnya yang selama ini menjadi sebab bibirnya tersenyum telah tiada dijemput ilahi. Semuanya jadi tanpa disangka. Betul lah, Tuhan akan tarik nyawa hambanya pada bila-bila masa tanpa sesiapa tahu.
Erzan menundukkan kepalanya ke bawah lalu perlahan-lahan tangannya bergerak untuk menyentuh tanah kubur abahnya yang masih baru itu. Bibirnya digemam rapat. Langsung tiada daya suara dia untuk keluar dari celah bibir. Dari semalam sampai sekarang dia hanya diam sahaja. Orang-orang yang turut membantu dalam proses pengebumian abahnya hanya diam sahaja tidak menegurnya. Mereka faham perasaan Erzan.
Anak mana yang tidak sedih bila darah daginya sudah tiada?
"Erzan, pak cik balik dulu ya? Kamu jangan sedih lama-lama, Zan. Nanti arwah abah kamu sedih tengok kamu macam ni. Pak cik tahu kamu anak yang kuat." Tersentak sedikit Erzan tatkala telinganya tiba-tiba ditampar dengan satu suara perlahan dari arah kirinya. Laju kepala ditoleh ke arah suara itu. Terpancar satu wajah tua yang dihiasi senyuman kecil ke arahnya. Encik Leman, pemilik satu kedai runcit dimana abahnya selalu menghantar sayur-sayuran untuk dijual.
Erzan hanya sekadar mengangguk untuk membalas ucapan itu. Bibirnya langsung tidak terbuka ingin mengeluarkan suara. Encik Leman yang melihat itu hanya mengangguk perlahan sebelum mengangkat kaki untuk beredar di tanah perkuburan diikuti dengan dua orang lelaki tua yang turut membantu dalam proses pengebumian ini. Anak mata Erzan hanya memandang sahaja pemergian tiga orang lelaki tua itu sebelum matanya jatuh ke arah kubur arwah abahnya.
Matanya dipejamkan rapat tatkala terasa bagaikan ada cecair jernih ingin turun membasahi pipinya. Sepantas kilat tangannya naik untuk menutup sepasang kelopak matanya. Kepala digeleng perlahan. Dia tidak boleh menangis. Dia tahu kalau dia menangis, arwah abahnya akan sedih tengok keadaan dia. Dia hanya ingin arwah abahnya tenang di alam sana.
Dia sudah reda.
Erzan kembali membuka mata sebelum perlahan-lahan dia bangun dari cangkungannya. Rambutnya yang jatuh menutup sebahagian dahinya, diraupkan ke belakang sehingga memaparkan dahi putihnya. Mata sempat menyinggah beberapa saat pada kubur arwah Encik Zahid sebelum perlahan-lahan kakinya bergerak untuk meninggalkan kawasan itu. Biar lah abahnya berehat dengan tenang di alam sana.
Kaki Erzan laju bergerak untuk keluar dari kawasan tanah perkuburan itu. Hanya dia sahaja yang masih berada di kawasan situ. Erdan sudah balik atas suruhannya. Puan Ruhaidah masih tidak dapat menerima akan pemergian suaminya. Dari semalam wanita tua itu meracau memanggil suaminya. Erzan menyuruh Erdan kembali ke rumah untuk menjaga ibunya yang masih tidak dapat menerima takdir itu.