[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ]
On going.
"Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu."
"Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang."
Mendengar sahaja sebaris nama pendek...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TIDURNYAterganggu tatkala telinganya ditampar kuat dengan bunyi alarm yang kini sudah memenuhi ruangan biliknya. Arabella yang sedang menghempapkan kepalanya di atas bantal itu mula mengeryit mata berkali-kali. Dahinya berkerut hebat. Ngantuk masih menguasai tubuhnya. Tangan kanan Arabella bergerak mencari arah di mana suara alarm itu datang. Dia sedikit berdecit apabila apa yang dia cari tidak jumpa.
Kepala Arabella masih lagi menghempap bantal. Tangan entah sudah bergerak ke arah mana untuk mencari telefonnya. Dia memang hanya memasang alarm di telefon walaupun dia mempunyai jam lonceng. Tangan Arabella bergerak ke sana ke mari namun sesuatu pepejal yang terasa menyentuh tangannya membuatkan kelakuan Arabella terhenti.
Lambat-lambat Arabella mengangkat wajahnya walaupun terasa begitu berat mahu angkat. Seketika, pandangan matanya yang kabur dihiasi dengan satu wajah seseorang. Arabella mengelipkan kelopak matanya berkali-kali sehingga penglihatannya kembali jelas. Dan baru lah dia nampak dengan jelas siapa yang berada di hadapannya.
"Dah bangun dah, Tuan Puteri?" Erzan menjongketkan sebelah keningnya ke atas. Lelaki itu sedang berdiri tegak di sebelah katilnya.
Arabella sedikit tersentak ketika mendengar suara berat itu. Sepantas kilat selimut yang menutupi hampir seluruh tubuhnya dialihkan kasar. Mata dibawa sekejap untuk memandang wajah Erzan sebelum jatuh pada tangan lelaki itu yang sedang memegang sebuah telefon. Melihatkan arah pandangan mata Arabella itu, terus Erzan kembali bersuara.
"Cari ni ke?" soal Erzan tenang membuatkan Arabella yang masih setengah sadar itu mengangguk laju. Tangan Arabella mula naik untuk mengambil telefonnya namun belum sempat tangan dia mahu memegang alat canggih itu, tiba-tiba sahaja Erzan mencampak perlahan telefon itu ke atas birai katilnya. Terkejut Arabella dibuatnya lalu matanya memandang berkerut ke arah Erzan. Lelaki itu hanya selamba menghadiahkan dia senyuman senget.
"Matikanalarm tu. Menganggu." Erzan berkata senafas sebelum dia membalikkan tubuh untuk melangkah menghampiri sofa yang sudah menjadi katilnya malam semalam. Dia melabuhkan punggungnya lalu sebuah buku yang sedikit tebal di atas sofa itu diambil.
Arabella hanya memerhati sahaja kelakuan Erzan dengan bibirnya yang memuncung. Tangannya laju mengambil telefonnya sebelum alarm yang masih berbunyi kuat itu dimatikan. Seketika, Arabella berkerut hairan. Mata dibawa untuk memandang Erzan yang kini sudah memberikan fokus pada sebuah buku yang berada ditangannya.
"Kenapa awak tak matikan je alarm saya?" soal Arabella hairan. Erzan boleh sahaja matikan alarmnyakalau rasa bunyi itu menganggu lelaki itu. Kan?
Bersama mata yang tidak memandang wajah Arabella, Erzan menjawab.
"Kalau matikan, kau tak akan bangun." Arabella mencebik mendengar itu. Dia dengan perlahan-lahan mendaratkan kakinya pada lantai biliknya ini. Rambutnya yang sedikit berantakkan dikemaskan sedikit sebelum kedua belah tangannya direhatkan dibirai katil.