𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
"TU memang Haikal."
Suara berat itu berjaya membuatkan Arabella memalingkan kepala ke belakang. Tersentak dia seketika tatkala wajah tampan milik Erzan menyapa pandangannya. Erzan melangkah mendekati Arabella sebelum duduk bertinggung di sebelah gadis itu. Gambar yang masih dipegang Arabella dilirik sekilas. Terkedip-kedip Arabella mendengar pernyataan Erzan itu.
Dia berkerut hairan sebelum matanya dibawa kembali ke arah gambar itu. Mata menilik fokus wajah Erzan dan Haikal yang kelihatan sangat rapat itu. Erzan hanya diam memerhati Arabella. Dia tahu ada bermacam soalan yang berlegar di fikiran gadis itu.
"Tapi kenapa dalam gambar ni awak dengan Haikal nampak rapat? Macam kawan baik? Tapi, sekarang awak dengan Haikal macam bermusuh. Pelik." Tiba-tiba Arabella bersuara sambil tak lepas merenung gambar itu. Erzan tersenyum tipis apabila mendapat persoalan itu dari Arabella. Dia sudah agak yang dia akan menerima soalan itu. Perlahan-lahan Erzan melabuhkan duduk di atas lantai sambil badan disandarkan pada almari.
Arabella yang melihat itu turut mendaratkan punggung untuk duduk di atas lantai. Wajah Erzan dipandang menanti jawapan.
"Aku dengan dia dulu memang rapat. Dia kawan baik aku," terang Erzan dengan nada yang sangat tenang lalu perlahan-lahan tangannya bergerak untuk mengambil gambar itu dari tangan Arabella. Jelas wajah Arabella ketika ini sedang berkerut tidak mengerti. Dia diam sahaja tatkala Erzan mengambil gambar itu dari pegangannya. Nampak yang lelaki itu sedang merenung lama gambar itu.
"Tapi kenapa awak dengan Haikal sekarang macam musuh? Kalau dia kawan awak, mesti dia layan awak sebagai kawan bukan macam musuh." Arabella bersuara tidak mengerti. Wajah tenang Erzan dipandang meminta perjelasan terhadap persoalannya. Dia tidak mengerti mengapa Erzan dan Haikal sekarang seperti bermusuhan sedangkan mereka dulu kawan rapat.
"Sebab dia dah salah faham dengan aku." Itu yang dibalas Erzan sebelum lelaki itu menghembuskan satu nafas berat. Mendengarkan itu, makin bertambah kerutan halus di dahi putih milik Arabella.
"Salah faham? What do you mean?"
"Rose, kau tau kan aku masuk penjara sebab apa?" Arabella sedikit tersentak tatkala disoal dengan soalan begitu oleh Erzan. Erzan memalingkan wajahnya memandang Arabella sebelum keningnya dijongketkan ke atas. Gambar yang masih dipegangnya disimpan kembali di dalam laci almari miliknya.
"Awak...berjudi?" jawab Arabella dengan hati-hati. Dia sedikit mengumpat di dalam hati tatkala disoal dengan soalan itu oleh Erzan. Sah Haikal ada kena mengena dengan kisah silam Erzan. Dia sudahlah tidak mahu Erzan mengingat kembali tentang kesilapan lelaki itu. Tapi, nampaknya soalan dia tentang Erzan dan Haikal itu membuatkan lelaki itu kembali mengingat tentang masa lalunya.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...