𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮
HELMET yang dipakainya dibuka dengan perlahan sebelum tangan naik untuk membenarkan helaian rambutnya ke belakang. Satu nafas berat dihembuskan Erzan lalu dia turun dari motornya. Tangan diregangkan sedikit memandangkan dia sudah menunggang motor hampir satu jam lebih. Hari ini, entah mengapa jalan dari Melaka ke Johor jem dipenuhi dengan kenderaan. Nasib baik dia bawa motor, boleh potong di celah-celah kenderaan yang ada. Mata naik untuk memandang sebuah bangunan hospital yang besar di hadapannya.
Sudah dekat dua hari dia tidak bersua muka dengan Arabella kerana sibuk menguruskan pengebumian arwah ibunya dan dia juga ingin menenangkan diri sebentar. Hari ini, baru ada masa untuk dia pergi ke Johor bagi melihat keadaan Arabella. Sebelum dia pergi, sempat juga dia beradu mulut dengan Erdan. Huh, abangnya itu kalau boleh setiap jam, setiap minit dan setiap saat ingin bergaduh dengannya.
Erzan membetulkan sedikit hoodie jacket miliknya sebelum satu cap hitam yang pernah dibelikan Arabella untuknya dipakai. Satu beg galas hitam yang selalu dibawa Erzan kemana-mana turut disangkut di atas bahunya. Kaki mula dibawa untuk melangkah masuk ke dalam bangunan hospital yang tersegam indah itu. Dobi hospital itu sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai.
Erzan membawa langkah menuju ke arah lif hospital ini untuk menuju ke arah aras tingkat di mana wad Arabella berada.
Tanpa Erzan sedar, ada sepasang mata cantik sedang memerhati langkahnya sebelum satu bibir munggil bewarna merah itu naik mengukir senyum senget.
Lama masa yang diambil untuk ke aras itu sebelum akhirnya lif itu berbunyi menandakan aras yang ingin Erzan tuju akhirnya tiba. Perlahan-lahan Erzan melangkahkan kaki keluar dari lif itu. Baru beberapa tapak dia melangkah, tiba-tiba telinga Erzan mendengar bunyi nada dering yang datang dari poket seluar miliknya. Drastik Erzan memberhentikan langkah sebelum matanya melirik sekilas hadapan pintu wad Arabella yang hanya beberapa jarak darinya.
Erzan membawa badan ke sebelah agar merapat ke dinding, tidak mahu menganggu jalan orang lain. Tangan Erzan turun untuk mengeluarkan telefonnya sebelum nama seseorang yang terpapar di skrin licin itu dibaca sekilas.
Mama
Telefon dilekapkan pada telinganya sebelum Puan Zaniah diseberang sana bersuara.
"Ha Erzan, kamu kat mana sekarang ni?" soal Puan Zaniah dengan pantas sebaik sahaja Erzan mengangkat panggilan telefon darinya. Kening Erzan sedikit berkerut. Bukan sebab soalan yang dilontarkan ibu mertuanya itu tapi nada suara yang digunakan oleh wanita itu. Puan Zaniah berkata dengannya dengan sungguh perlahan bagai sedang berbisik.
Namun, Erzan hanya endahkan sahaja sebelum dia membalas soalan ibu mertuanya itu.
"Kat hospital. Kenapa, mama?" Sebaik sahaja Erzan menjawab, tiba-tiba sahaja suasana di tempat Puan Zaniah sunyi bagai tiada orang. Rasa macam dia cakap dengan hantu pun ada juga. Namun, Erzan tidak terus mematikan panggilan tatkala tidak mendapat balasan dari Puan Zaniah. Sebaliknya, dia hanya diam menunggu.
YOU ARE READING
Arabella Zayder
Romance[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek...