✳️✳️
❇️ PROLOG ❇️
✳️✳️"Gaduh!Gaduh!Gaduh!" sorak kanak-kanak di sekeliling bulatan itu.
"Cepatlah sini..pukul kalau berani sangat!"
Sekumpulan murid bersorak untuk mengalakkan lelaki bertubuh gempal menyerang budak lelaki kurus yang sedang berdiri dengan senyuman mengejek di bibir. Mereka membuat bulatan seakan gelangang untuk kedua-dua orang budak lelaki di situ.
"Mari la...ke badan kau tu yang buatkan kau lembab hah si gemuk?"agah budak lelaki berbadan kurus itu.
Budak lelaki berbadan gempal itu sudah termengah-mengah. "Pulangkan semula buku tu pada aku sekarang jugak!"deram lelaki berbadan gempal itu dengan berang.
"Uuiu....takutnya. cuba tengok dia tu..."ejek lelaki berbadan kurus yang membuatkan kesemua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak. "Cuba la ambik kalau boleh..."buku yang di pegang oleh budak lelaki kurus di ayun-ayun.
Budak lelaki berbadan gempal itupun terus berlari maju ke depan hendak mencapai sangkar tersebut.
Namun disebabkan badannya yang gempal, dia hilang ke seimbangan sebelum jatuh ke bawah. Tapi dia tidak berhenti, sedaya upaya dia cuba dapatkan semula bukunya walaupun berakhir di atas tanah semula.
"Hahahaha....debab si lembab... hahahah...."ejek budak lelaki kurus itu sewaktu menonton kesulitan budak gemuk itu bergelut.
Geram dengan tindakan mereka di situ, budak lelaki berbadan gempal tadi lari dengan laju hendak menerkam budak berbadan kurus tersebut, sayangnya budak lelaki kurus tadi dengan cekap mengelak ke tepi lantas menyebabkan badak gemuk itu meluncur di atas permukaan tanah sebelum mukanya menyembam tanah.
Buahahaha! Lembab!!!hHahahaahaha!!"gelak pelajar lelaki berbadan kurus itu sambil menekan-nekan perut menahan senak kerana ketawa banyak sangat.
Budak lelaki gemuk itu dengan marah menumbuk geram akan tanah di bawahnya. Tertunduk malu kerana tidak dapat melawan semula. Air mata jatuh ke bawah setitis demi setitis. sebelum satu tangan muncul di depannya tidak lama kemudian.
Suasana yang bising dengan sorakka. tadi ikut senyap sepi dengan tiba-tiba.
Hampir semua yang ada di situ berhenti tertawa setelah melihat budak perempuan 12 tahun dengan bertocang sebelah kiri membantu budak lelaki bertubuh gempal itu bangun dari situ.
Masing-masing tercengang.
"Nah."sua budak perempuan tadi akan sehelai sapu tangan kepada budak lelaki berbadan gempal sewaktu dia memandang ke arah budak lelaki berbadan kurus yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada.
"Asal?Kau pun nak kena sekali ke?Kau tak sepatutnya masuk campur tau tak.."ujar budak lelaki berbadan kurus itu dengan senyuman jahat.
"Apa cerita kalau tengok je... kena la join sekali baru seronok ya tak?"balas budak perempuan itu dengan senyuman mesra di bibir. Dia perlahan-lahan mengatur langkaj mendekati budak lelaki berbadan kurus itu.
Bila budak perempuan tu maju ke depan, budak lelaki tu undur ke belakang. Seorang pandang dengan riak senang, seorang lagi dalam ketakutan.
"Ka-kau nak buat apa hah?Jangan dekat dengan aku!"
"Kenapa?Takut ke?"Budak perempuan itu bertanya sebaik sahaja berdiri di hadapan budak lelaki kurus tadi. Dan tanpa amaran dia merentap kasar buku milik si gempal tadi dari tangan pembulinya.
Terkebil-kebil mata budak lelaki kurus tu bila bertentang mata dengan renungan dingin akan budak perempuan di depannya itu.
"Dasar si pelik..."getusnya dengan geram.
"Sekurang-kurangnya saya cukup kasih sayang...tak macam awak. Mak bapak bercerai, hidup tunggang langgang, nak lepaskan geram cari pasal dengan orang lain..." bisik budak perempuan itu di depan muka dengan perlahan. Lantas dia berpaling meninggalkan budak lelaki kurus di belakang untuk mendapatkan si gempal tadi.
"Hah elok la. Kau orang berdua tu, sama padan....seorang anak perempuan gila seorang lagi gemuk gedempal. Sebab tu mama aku bencikan kau orang tahu tak..."laung pembuli tadi dengan gelak ejeknya pada budak mereka berdua.
Saat budak gempal tadi berdiri sambil dipimpin oleh budak perempuan tersebut, pergerakan budak perempuan itu terhenti, lantas dia berpaling memandang ke arah mereka yang berkumpul di situ.
Setiap seorang menarik sengih mengejek, ada jugak yang menjelir lidah serta membuat tingkah seakan mengajuk saiz badan orang yang gemuk.
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...