42.

411 57 6
                                    

✳️✳️
❇️ BUKAN DENDAM TAPI TUNTUT ❇️
✳️✳️

         "Awak tak apa-apa ke?"tanya Reeya semasa tunduk membantu dia membersihkan debu tanah yang mengotori seluar dan baju uniformnya itu.

        Masih dalam keadaan tersedu sedan, dia pandang wajah Reeya. "Dia orang yang mulakan dulu...dia cuba rampas buka yang kau bagikan dekat aku Reeya.."beritahu Keith sambil memeluk erat buku yang sudah kotor dan comot rapat ke dada.

        "Kenapa tak tumbuk balik muka tu!Kan badan awak lebih besar dari mereka.."keluh Reeya saat mengeluarkan sapu tangan dari poket dan mengesat wajah Keith dengannya. Bibirnya meniup lembut kesan melecet di tepi pipi dan dagu Keith sambil tu.

         "Kau kata jangan bergaduh dengan sesiapa atau tumbuk orang yang badannya kecil dari aku. Ya aku tak balas balik la.."air mata masih mengalir ke pipi kerana dia begitu sedih dan terkejut.

          "Haih!kenapa la awak ni bendul sangat. Memang la. Tapi tak bermakna awak kena diam bila ada yang buli awak, kan tak pasal-pasal pipi tembam kesayangan saya ni berlebam.."Reeya usap pipi itu hendak hilangkan debu yang melekat padanya.

          Oleh kerana dia begitu sedih, dia meraung di depan Reeya tanpa rasa malu. Hanya Reeya sahaja tempat dia bersandar!Jadi menangis ke tak menangis, hanya Reeya saja dia tunjuk depan-depan. "Maaflah!Jangan la marah dekat aku lagi!Aku cuma tak buku yang kau hadiahkan dekat aku di rosakkan mereka..sebab itu aku tak melawan."

Kata-kata Keith itu telah membuatkan Reeya ketawa. Dengan riang Reeya memeluk tubuh gempal Keith.

        "Apa ni Reeya!Kotor baju kau nanti!"

        "Comel la awak ni Keith. Jadi boyfriend saya nak tak?"

         "Hah?Kau nak budak gemuk macam aku ni jadi boyfriend kau?"

         "Apa salahnya. Kalau awak tahu jaga buku yang saya hadiahkan dekat awak...apatah lagi saya. Kan?"

         "Tak malu ke?"

         "Hahaha nak malu apa...memangnya saya ni reti malu ke.."

         "Kau tak malu ke ada boyfriend gemuk macam aku ni?"

         "Buat apa nak malu. Gemuk ke kurus ke..kalau  saya sayang...saya tetap sayang.Dah jangan nangis ya. Nanti saya belikan awak buku baru..."Reeya menepuk belakang badan Keith sambil menghayun mereka kanan dan kiri.

         Keith balas pelukan Reeya dengan bibir tercebik sedihnya. "Okay!"

Flop!

Terjatuh telefon tu atas meja depan dia.

Tersentak dengan hal itu Keith angkat kepala. Pandang tuan punya barang.

Sekali tu muka marah Reeya berada di depan mukanya.

        "Ada apa ni?"

        "Ada apa awak tanya?Dah hilang akal sangat agaknya!Artikel apa semua ni?Tunang?"Reeya mencekak pinggang pandang tak percaya akan Keith. "Habis satu kolej tahu siapa saya dengan awak?Tak ada otak ke nak fikir sebelum buat sesuatu?"

          "Kau marah sebab itu je ke?"Keith menarik sengih meleretnya. "Apa yang salahnya. Dah memang betul kan?"

          Reeya berdengus kecil. "Banyak salahnya dekat sini!Saya tak pernah pun setuju mengenai idea pertunangan kita ni...papa saya tak cakap apa-apa mengenai hal ni!"

Mata Keith sahaja yang bergerak saat lelaki itu duduk sandar dengan tangan bersilang di dada.

          "Surprise?"balas Keith dengan bersahaja. Dia lentokkan kepalanya lalu tersenyum senang. "Kenapa nak marah sangat. Ianya bukan perkara buruk pun.."

Reeya memandang tidak percaya ke Keith.

Serius!Dia masih tak percaya yang Keith adalah kawan waktu kecil dia?Lelaki menyakitkan hati dan pelik nI?Rasanya masa kecik dia tak fikir habis sebelum buat kawan.

          "Adakah awak berkelakuan seperti ini hanya untuk balas dendam gara-gara saya tak ingat siapa awak?"

          Keith membuat muka kehairanan saat melihat Reeya memandangnya begitu. "Apa yang buat kau fikir macam tu?"

           "Saya dah tahu Keith. Papa saya beritahu siapa diri awak yang sebenarnya...dan saya tahu kenapa awak bersikap pelik dengan saya sejak kebelakangan ni...semuanya hanya kerana saya tak ingat yang awak adalah rakan waktu saya kecil.."Reeya berdengus kasar. Masih berdiri di meja bulat di kawasan laman fakulti mereka. Waktu itu masih awal jadi tidak ramai pelajar berlegar-legar di sekeliling tempat itu.

Hujung bibir terjungkit sinis. Keith pandang Reeya yang berkerut kening kepada dia. Nampaknya ayah dia dah buat kerja yang dia minta tu. Jadi tak perlu la dia susahkan diri untuk jelaskan hal sebenar kepada Reeya.

         "Ianya bukan balas dendam Reeya.."Keith bangun dari situ. "Ianya lebih kepada menuntut apa yang tak di tuntut."beritahu dia dengan mendatar.

           Wajah Reeya di situ bungkam saat melihat riak wajah dingin Keith yang alarming. Entah kenapa dia berasa gementar bila lelaki itu perlahan-lahan mendekatinya. "Tuntut?"

Setibanya di depan Reeya, Keith pegang meja di belakang Reeya lalu sondong ke depan, mendekatkan wajahnya ke muka Reeya.

             "Awalnya memang aku nak balas dendam.."bisik dia dengan perlahan saat memandang dahi berparut Reeya lalu dia bawa tangan menyentuh lembut kesan itu. "Sebab kau dah lupakan aku dengan mudah.."

              Dalam diam Reeya menahan nafasnya semasa bibir Keith begitu hampir dengan dia. "Saya tak tahu sebab saya dah hilang ingatan Keith..."matanya mengerling ke tangan yang sedang menyentuh dahinya waktu itu.

             "Ya...sebab itu aku buat announcement. Nak beritahu yang kau adalah kepunyaan aku."

Reeya berkerut kening kerana begitu tak terkata dengan kenyataan selamba Keith. Tatapan dingin Keith buatkan dia begitu marah dan pada masa yang sama berdebar.

             "I only want you Reeya."lafaz Keith semasa pegang bawah dagu Reeya dan memberi kucupan lembut di tepi mata tu.

Kejung dengan sentuhan itu Reeya menahan nafas sebaik sahaja bibir Keith hinggap untuk seketika di tepi mata dia. Entah kenapa dia tak nak tolak.

           "Senang aje bercakap!peminat awak dan semua dalam kolej ni akan berfikir yang bukan-bukan mengenai saya nanti!"deramnya saat itu.

           Keith tertawa kecil. "Iyanya bukan satu masalah untuk kau kan?"ujarnya sebelum melepaskan wajah Reeya dan gerak mencapai buku yang terbuka dari atas meja tu.

            Sambil membuat muka menyampah kejengkelannya, Reeya menyilang tangan dia ke dada. "Tssk!"

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now