05.

593 60 0
                                    

✳️✳️
❇️ Unicorn ❇️
✳️✳️

Damn it!

Sekali lagi!

Reeya pandang ke depan dengan riak poker face biasa dia. Agaknya kalau surat saman dia ni emas, mesti dia dah kaya sepanjang tempoh dia belajar dekat kolej ni kan.

"Dan apa alasan kamu lewat datang ke kelas saya pada hari ini Reeya Summer?"Encik Lee bertanya kepadanya. Lelaki hampir masuk usia 50 tahun itu grumpy saat mencekak pinggang. Membuatkan perut buncit itu kelihatan terserlah. Misai diwajah yang sepadan warna dengan rambut botak tengahnya menampakkan lagi kedutan usia di wajahnya.

Pensyarah itu menjungkit kening sebelah kanan saat menanti Reeya menjawab soalannya itu.

"Maafkan saya kerana lewat sir. Seperti yang sir tahu...walaupun saya sangat bersemangat untuk masuk ke kelas tuan...on the way ke sini, tiba-tiba saja saya ternampak seekor unicorn dekat laluan koridor tadi dan ambil keputusan untuk mengejarnya..."jawab Reeya bersahaja.

Dengusan kecil kedengaran dari seisi dewan kuliah dan pensyarah mendiamkan mereka semua dengan renungan tajam membunuhnya. Lelaki itu kembali memandang ke arah Reeya dengan kening mencerun sebaik sahaja kelas kembali senyap.

"Ianya tidak kelakar Reeya."

Geez! Serius sangat kenapa?

"Chill lah...macam tak biasa pulak...saya ada kerja kena buat tadi dekat kafe la. And besides. I'd only chase if it was something like a great teacher. You know, something even more rare than a unicorn." Ujar Reeya sebelum mengenyitkan mata ke Encik Lee.

Seluruh kelas meledak ketawa dan pensyarah mereka sekali lagi memberi mereka dengan renungan tajam.

"Cukup Reeya..."arah Encik Lee yang sepertinya sedang berusaha menahan diri dari merentap kepala Reeya dari bahu gadis itu saat ini.

"Okay bos.."tabik Reeya dan berdiri seperti seorang askar. Sikap tidak serius dia ini biasa buatkan ramai pensyarah dapat naik darah tinggi. Dan perasaan ini adalah mutual!

Encik Lee menggeleng kepala sebelum kembali tunduk memeriksa apa sahaja yang ada di dalam buku atau failnya.

"Boleh saya duduk sekarang?"tanya Reeya blur-blur.

Dan kelas itu sekali lagi meledak ketawa. Dan kini Encik Lee berputus asa untuk mendiamkan mereka.

"Duduklah sana..."keluh Encik Lee sambil melarikan jari jemarinya ke kepalanya yang tidak berambut itu.

Seperti muka tembok tiada perasaan malu, Reeya berjalan naik mendaki tangga barisan kerusi di situ. Matanya meliar cari tempat kosong untuk di duduki.

"Hey princess..duduk lah sini"pelawa lelaki yang berpakaian serba serbi seperti playboy itu. Ada kerusi kosong dekat sebelah dia, tapi Reeya tidak pergi ke situ. Malah dia hanya ambil kerusi yang hujung dan paling belakang.

"Alright everyone."Encik Lee menepuk tangannya sekali untuk dapatkan perhatian mereka. "Tahun ni kita akan buat project berdasarkan isu-isu semasa. Seperti politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Projek ini akan dibuat secara pasangan. Memandangkan dalam kelas ni ada 24 orang-"

Reeya cepat-cepat menghitung kepala di situ dan menyedari ianya hanya ada 23 orang termasuk dirinya. Itu bermakna seseorang tidak akan mempunyai pasangan. Oh betapa irinya dia dengan orang itu. Kerja secara solo adalah kegemaran dia!

Serta merta seluruh pelajar dalam kelas itu berborak tentang siapa yang akan dipasangkan dengan siapa. Reeya pula duduk diam di situ dan memerhati rakan sekelasnya mula memilih pasangan mereka.

"Settle down semua...jangan nak sibuk-sibuk berbincang tentang pasangan sebab saya sendiri akan pilihnya untuk kamu..."maklum Encik Lee. Yang mana hanya membuatkan seluruh kelas mengerang tidak puas hati. Dan menguatkan lagi alasan kenapa Reeya tidak suka pada lelaki kepala botak tengah ni.

"Kamu akan membuat pembentangan berdasarkan tajuk yang diberikan. Dan markah 50% adalah markah final kamu.."

Dan dengan itu Reeya mengerang tidak puas hati bersama dengan ahli kelas yang lain. 50%?Gila ke apa?!

Kenapa pensyarah suka letakkan markah tinggi-tinggi setiap kali ada tugasan secara berkumpulan? Sengaja la tu nak buatkan orang lain frust menonggeng!

"Saya akan tugaskan kamu bersama-"penyampaian Encik Lee diganggu taktala pintu dewan kuliah itu terbuka.

Seorang lelaki dengan rambut coklat gelap dan mempunyai sepasang anak mata coklat gelap berjalan masuk ke dalam kelas itu. Tidak dinafikan lelaki itu boleh tahan juga hotnya. Dia ada badan yang sasa dan mempunyai vibe 'jangan macam-macam dengan aku kalau kau tak nak mati' darinya.

"Encik Keith Fraser...how nice you to join us..."ujar Encik Lee tanpa perasaan.

"Nice to see you too..."lambai Keith tanpa memandang ke arah lelaki itu.

Lelaki itu mula berjalan mendekati ke arah Reeya sewaktu pelajar-pelajar lain sibuk mempelawa lelaki itu duduk di sebelah mereka yang mana langsung tidak dihiraukan olehnya. Dan dia berhenti di depan Reeya sewaktu seluruh kelas memerhatinya. Encik Lee pula sibuk mencari sesuatu di dalam laci mejanya dan sama sekali tidak peduli apa yang sedang berlaku.

"Kau ada dekat tempat aku.."kata Keith dengan nada perlahan sambil tunduk menyendeng ke bawah, memandang Reeya.

Reeya mendongakkan kepala dia sedikit memandangkan dia sedang duduk dan dia juga mendekatkan wajahnya ke depan yang mana meninggalkan jarak muka mereka hanya beberapa inci sahaja.

"So?Apa awak nak buat tentang hal tu?"cabar Reeya.

Mereka yang berdekatan dengar dan pandang terkejut, mereka semua menahan nafas seakan sedang menyaksikan horror movie saat ini. Mana tidaknya sekarang ni Reeya sedang bersemuka dengan satu-satunya lelaki yang paling tidak boleh disentuh dan di tegur.

Senang cerita kau terlibat dalam hidup lelaki ni, kau akan berakhir dalam kubur. Tapi nak buat macam mana, Reeya Summber bukanlah seorang gadis yang penakut atau hairan dengan pangkat seseorang. Bagi dia semua yang bergenetikan manusia adalah sama rata. Tak ada miskin tak ada kaya, tak ada hodoh tak ada cantik...tak ada yang kuat atau lemah...semuanya sama.

No way in hell dia akan pindah tempat duduk gara-gara lelaki ni. Memang tak lah. Siapa cepat dia dapat!

Keith memandang terkejut akan Reeya. "Kau tak nak tahu apa yang aku nak buat..." balasnya sewaktu mengambil tempat kosong yang ada di sebelah mereka. Terus perhatiannya di arahkan kedepan dewan kuliah.

Reeya memerhati Keith melalui ekor matanya. Bolej aje pun duduk kerusi lain dari tadi. Tapi nak jugak cari pasal. Lelaki ni fikir siapa diri dia?Oh yalah, lelaki sombong menyakitkan hati! Semua orang dalam fakulti ni sedia maklum akan kenyataan ni.

Kelas bermula dengan bisikan halus di kalangan pelajar perempuan, mungkin sibuk bincang tentang Reeya yang berani bersuara melawan Keith.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now